in

[VIDEO] Pelajar Mati Dipaksa Terjun Bangunan

Page Tolak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Pelajar Mati Dipaksa Terjun Bangunan
Loading
/

Ingat tak masa dekat sekolah atau kolej dulu selalu ada latihan kebakaran kan? Biasanya latihan macam ni, students hanya disuruh berkumpul di tempat yang selamat tapi lain pulak yang jadi dekat India ni.


Baru-baru ni, menurut WORLD OF BUZZ, The Kalaimagal College of Arts and Science mengadakan safety drill dan malangnya seorang pelajar maut semasa latihan keselamatan tu.

Mana taknya, semasa latihan tersebut, pelajar tu dipaksa terjun dari tingkat dua bangunan institut swasta berkenaan. Mangsa, N Logeswari, pelajar tahun dua disuruh duduk di hujung bahagian bangunan sementara rakan-rakan yang lain tunggu di bawah dengan memegang jaring keselamatan.

B2
sumber: wob
Jump
sumber: wob

Di dalam video yang tersebar, seorang lelaki yang merupakan jurulatih training tu dilihat menolak Logeswari ke bawah meskipun mangsa masih belum bersedia. So, bila mangsa jatuh, kepalanya terhantuk pada sun shade di tingkat pertama sebelum mendarat di atas jaring keselamatan tersebut.

Rakan-rakan yang menyambut Logeswari dari bawah terkejut melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak. Dia kemudian segera dikejarkan ke hospital kerajaan dan disahkan mati kerana kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan tengkuk.

Menurut polis, kolej tersebut sedang mengadakan latihan keselamatan yang melibatkan 20 orang pelajar.

“Satu kumpulan dari Chennai menjalankan training tersebut. Mereka telah mengadakan aktiviti yang sama di beberapa kolej yang lain sepanjang lima tahun yang lalu. Beberapa pelajar yang lain pun dah terjun dari bangunan sebelum mangsa tapi tiada apa yang terjadi. Ini hanyalah kemalangan.”

Pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 304(a) kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian. Jurulatih tersebut, Tr Arumugam telah direman kerana menyebabkan kematian N Logeswari.

Arumugam Video Screen 750
sumber: the news minute

Bukan itu sahaja, pihak kolej mengatakan safety drill tersebut telah diadakan oleh Nation Disaster Management Authority of India (NDMAI), namun, Pesuruhjaya Tamil Nadu State Disaster Management Agency, Rajendra Ratnoo mengatakan bahawa jurulatih tersebut tidak berdaftar di bawah NDMAI dan beliau tidak dimaklumkan mengenai safety drill yang dijalankan di kolej tersebut.

Extremenya safety drill dia…

Baca: [VIDEO] Lelaki Hampir Maut Terjatuh Semasa Panjat Rock Climbing

Page Rock Climbing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.