in

[VIDEO] Nampak ‘Bayangan’ Dalam Rumah & Mimpi Ular Hitam, Caprice Dan Isteri Terkena Gangguan Sihir?

Caprice Kena Gangguan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal dengan penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan nama Caprice yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan beberapa isu.


Sebelum ini, Caprice pernah memberi bayangan isterinya, Farra Inalis, didakwa terkena sihir. Namun, baru-baru ini, dia mendakwa yang dirinya turut terkena perbuatan terkutuk itu.

Difahamkan, perkara itu didedahkan oleh Pusat Rawatan Al Idrus (PSAI) melalui sebuah video di laman sosial Tiktok.

@pusatrawatanalidrus

Caprice kena Sihir…‼️

♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Ada unsur gangguan sihir?

Susulan itu, menerusi akaun media sosial Instagram penyanyi rap itu, dia mendedahkan yang dirinya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional Tok Singa dan Ustaz Shafiq.

Menurutnya, Tok Singa datang daripada Kedah untuk ‘scan’ dirinya serta isteri dan dikatakan mereka ada unsur-unsur terkena gangguan sihir.

Caprice memberitahu melalui ruangan kapsyen video tersebut, bahawa dia selalu tidur lambat dan tidak mendapat tidur yang cukup akibat dari kerja yang banyak. Namun, dia masih rasa bertenaga seperti biasa.

Mimpi ular hitam? Nampak bayangan dalam rumah?

Menerusi sesi live perawat berkenaan, Caprice dan isteri memberitahu mereka ada bermimpi benda-benda pelik termasuk ular hitam.

Manakala, isterinya pula pernah ternampak ‘bayangan’ dalam rumah dan didatangi lelaki tak dikenali dalam mimpi.

Video penuh memaparkan Tok Singa dan Ustaz Syafiq memulakan rawatan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengesan jika ada yang mengganggu mereka.

Semasa ayat ruqyah dibacakan, badan Farra menggigil dan dia kelihatan menangis. Semasa sesi rawatan juga, Tok Singa mendakwa terdengar bunyi tapak kaki berjalan di dalam rumah.

Isteri Caprice dikatakan mengalami gangguan di bahagian rahim di mana dia menghadapi masalah haid dan susah hamil, tambah Tok Singa.

Ustaz Shafiq juga menasihati Caprice untuk membuang semua patung mainan dalam rumah kerana itu antara faktor jin dan sihir mudah akses.

Scaryy jugaa.. Apa pun ujian yang melanda, semoga Caprice dan isteri dipermudahkan dan cepat sembuh..

Baca : “Nak komen pun serba salah” – [VIDEO] Aliff Syukri ‘Collab’ Dengan Caprice Buat Lagu Baru?

Caprice Collab Aliff Syukri Lagu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.