in

“Nak komen pun serba salah” – [VIDEO] Aliff Syukri ‘Collab’ Dengan Caprice Buat Lagu Baru?

Caprice Collab Aliff Syukri Lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, kecoh di media sosial tentang penyanyi rap, Caprice yang mengajak usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri untuk berkolaborasi dan menghasilkan lagu bersamanya.


Aliff kemudian telah menyambut baik hasrat Caprice untuk berduet sekali gus menghasilkan satu single terbaharu.

Menerusi posting di media sosial Instagram, dapat dilihat mereka sibuk melakukan perbincangan ketika berada di sebuah studio rakaman.

“Pasti ramai tak sabar nak dengar suara..”

Aliff menerusi posting berasingan berkata, dia yakin yang orang ramai teruja mahu mendengar suaranya di dalam lagu yang berunsur semangat kenegaraan itu dan juga claim dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara.

“Komen jujur please suara saya merdukan… pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,” tulis Aliff di kapsyen gambarnya.

Lagu yang mempunyai unsur kenegaraan itu mengajak anak muda yang akan mengundi untuk kali pertama supaya mereka keluar menjalankan tanggungjawab pada PRU15 ini.

Lagu yang bertajuk ‘SWIPE REMIXXX’ itu telah pun dimuatnaik ke laman Youtube dan telah meraih hampir 7 ribu tontonan (pada masa artikel ini ditulis).

Apa kata warganet?

Ruangan komen dibanjiri dengan reaksi netizen yang pelbagai, ada yang memuji dan mengatakan bahawa suara Aliff Syukri semakin improve. 

Namun, masih ada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Aliff berkolaborasi dengan Caprice serta memberikan komen berunsur kecaman.

Screenshot 2022 11 11 110728

Screenshot 2022 11 11 110753

Screenshot 2022 11 11 110900

Korang dah dengar belum lagu baru ni? Apa pendapat korang?

Baca : [VIDEO] Caprice Nak ‘Collab’ Dengan Aliff Syukri, Netizen Tak Setuju Sebab…

Caprice Ajak Aliff Syukri Kolab 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.