[VIDEO] Lelaki Tularkan Video Rakaman Kanak-kanak Tonton Porn Sebelah Ibu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Zaman teknologi ni budak umur setahun dua dah pandai main smartphone or gadget canggih-canggih. Mana taknya sejak baby menyusu lagi ibu bapa dah bagi anak pegang smartphone, tunjuk video kat Youtube nak suruh stop menangis dan tak meragam terutamanya kat tempat awam.

Kemudahan internet ni memang berguna, tapi kalau anak dah besar sikit tu memang kena pantau apa dorang tengok. Budak zaman sekarang ni kita tak tahu apa dorang boleh jumpa kat internet tu tambah-tambah kalau data internet tu unlimited.

Sumber: Twitter

Sebab apa kena pantau anak bila dorang main smartphone? Takut jadi macam dalam video yang ditularkan seorang lelaki kat Twitter ni. Perkongsian video oleh lelaki bernama Izwan HS ni memang sangat mengejutkan ramai dan buat netizen ternganga lepas tonton.

Dalam video berdurasi 51 saat tu, seorang kanak-kanak yang nampak macam umur lingkungan 6 ke 7 tahun camtu duk tengok porn wey! Biar betul! Mana tak terbeliak mata orang ramai tengok, budak kecik-kecik lagi selamba je tengok video lucah kat sebelah seorang perempuan yang dipercayai ibu kanak-kanak tu.

Sumber: Twitter

Ibu dia kat sebelah maybe ingat anak dia duk tengok Didi and Friends ke apa, mana lah dia nak sangka anak dia duk tengok video tak senonoh betul-betul sebelah dia. Dalam rakaman tu, kanak-kanak tu memang nampak leka sangat duk tengok porn!

Tapi bila tengok dan dengar betul-betul, volume handphone tu macam tak kedengaran pun. So ramai yang speculate budak tu memang dah terjebak so dia perlahankan sendiri volume taknak kasi mak dia tahu.

Sumber: Twitter

Mungkin niat Izwan tularkan tu as pengajaran kepada orang lain, tapi ada yang salahkan dia balik sebab katanya cara dia tak sesuai dan lebih baik tegur awal-awal daripada rakam camtu. Tapi Izwan kata bukan dia yang rakam, kalau tak dia dah jerit kat telinga mak budak tu bagitahu yang anak dia duk tengok porn!

Bahaya betul zaman sekarang ni. Mohon tengok-tengok sikit la anak-anak ke adik-adik kita duk tonton apa kat internet ye.

Ni video yang viral dekat Twitter tu:

Baca: Kanak-kanak Berumur 10 Tahun Mengaku Tengok Video Seks Di Telefon Ayah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.