“Tunjuk cara pakai sekali dato” – Netizen Geli Hati Aliff Syukri Muat Naik Gambar Spender Untuk Promote Kejayaan Bisnes!

Meskipun dah berkali-kali kena kecam, Dato’ Aliff Syukri tetap tak serik untuk memuat naik perkara yang menarik perhatian netizen di media sosial.

Terbaru hari ini, Dato’ Aliff telah memuat naik gambar seluar dalam yang dipakainya di Instagram. Erk dah kenapa pulak upload gambar spender ni??

 

“Ramai yang suruh saya tunjuk sepender saya hari ini. Saya pakai seluar dalam Versace” 

Menurut Aliff Syukri, dia sebenarnya telah disuruh orang ramai untuk tunjuk seluar dalam apa yang dipakainya hari ini. Berkat perniagaan AS Legacy yang dijalankannya sekarang, Aliff cakap dia dah boleh pakai seluar dalam Versace tau! Kerlasss! 

 

“Giler ko kri sependa pun nak tunjuk” – Bonda Rozita 

Bukan admin je terkejut tengok posting ini, emak dan kakak Aliff Syukri sendiri pun bagai tak percaya. Nak tergelak juga admin tengok komen Bonda Rozita Ibrahim dan Yatie Sendayu Tinggi ni. Masing-masing membahan si Aliff! Hadoiii pecah perut min baca komen!

Sumber: Instagram

 

“Sape mintak tunjuk spender? Ke dato je saje nak menunjuk mampu beli spender Versace?” 

Seperti mak dan kakak Dato’ Aliff, netizen dan rakan artis yang lain pun ikut serta membahan jutawan kosmetik ni. Siap ada yang cakap Dato’ Aliff ni sengaja nak menunjuklah tu yang dia dapat pakai spender mahal. Agitew pulak! 

Sumber: Twitter

 

“Seriuslah sampai spender pun nak riak?” 

Sumber: Instagram

Haih min pun tak tahu dah cakap apa dengan Tok Aliff ni. Hanya mampu gelak je tengok perangai dia tiap-tiap hari. 

Baca: “Mak tak hargai bakat kau..Suara tak sedap” – Aliff Syukri Kena ‘Carut’ Dengan Mak Sendiri

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!