“Mak tak hargai bakat kau..Suara tak sedap” – Aliff Syukri Kena ‘Carut’ Dengan Mak Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Beberapa hari lepas, lagu raya Datuk Aliff Syukri yang berjudul Jom Raya jadi trending, dan dari situ macam-macam reaksi netizen apabila menonton muzik video tersebut. Ada yang sokong, ramai juga yang troll.

Sampaikan Aliff Syukri menzahirkan rasa marah dan kesal dekat Instagram dia pasal kutukan netizen tu. Tapi kalau dah sampai mak sendiri yang troll tu macam mana pula?

 

Perosak Lagu Raya!!!

Dalam video tersebut, Bonda Rozita Ibrahim turut terpanggil nak berikan respon pasal video lagu raya tu. Menurutnya, dia sendiri tak suka dengan lagu raya Aliff Syukri dan akui tak menyokong langsung tindakan Aliff berkecimpung dalam industri muzik.

Tambahnya lagi, dia mengaku suara Aliff Syukri tu tak sedap dan lagu raya yang mampu menambat hati pendengar  hanyalah lagu-lagu lama daripada lagenda seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sudirman, M.Nasir, Sanisah Huri.

Bahkan dia juga mempertikaikan, tahap keyakinan Aliff Syukri menghasilkan lagu dan penglibatan dalam industri muzik padahal tak ada bakat.

Lagu Aliff Syukri, Jom Raya yang menampilkan Zizi Kirana dan Bella Astillah telah meraih sebanyak lebih daripada 1,500,000 tontonan sepanjang 3 hari dimuat naik dan kini masih trending nombor satu di Malaysia.

 

Baca : “Aliff Syukri bayar gaji dia berapa?”  – Netizen Terhibur Tengok Lelaki Baju Kelabu Ini Menari ‘Bersungguh’

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?