in

“Thanks for the memories” – Netizen ‘Ratap’ Kematian Pencipta Watak Keluang Man & Usop Sontorian

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kecik-kecik dulu, memang ternanti-nanti nak tengok cerita Keluang Man dengan Usop Sontorian. Sekarang ni, kalau dengar je orang sebut Keluang Man, mesti lagu tema dia terus berkumandang dalam kepala.

Namun, semalam kita semua dikejutkan dengan kematian pencipta dan pengarah kartun lagenda ini, Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail.


7N Filemkeluangmankini00
Sumber: cinema online

Menurut NST, Pengerusi Persatuan Animasi Malaysia (Animas) telah pun mengesahkan yang arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 4.15 petang semalam selepas mendapat rawatan selama dua bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana serangan jantung.

Kalau korang nak tahu, Kamn Ismail merupakan tokoh pelopor bagi penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada tahun 90-an melalui penerbitan Usop Sontorian.

Apa Yang Cukup Membanggakan Siri Animasi Usop Sontorian Telah M
Sumber: sejarah my

Tak cukup dengan tu, dia juga telah ciptakan watak superhero favourite kita, Keluang Man dengan menggunakan kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

Animasi Kamn Ismail juga pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik di FFM 2004 dan 2005 melalui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Lagenda Kinabalu.

“Rasa macam baru semalam jadi budak kecik”

Berita pemergian Allayarham ini juga turut mengundang rasa sedih netizen yang rata-ratanya membesar dengan animasi dari Kamn Ismail ini.

Screenshot 2019 12 09 At 10.27.42 Am

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

 

Baca: “Dah ada standard sendiri” – Filem Pendek Animasi 2D ‘Batik Girl’ Menang Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Screenshot 2019 12 09 At 10.38.36 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.