in

TERSILAP! dUck Tarik Balik Penjualan Tie Sutera Lepas Dapat Tahu Lelaki Islam Haram Pakai

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial bila dUck lancarkan koleksi tali leher Marvel x dUck untuk lelaki sempena Father’s Day berharga RM300.


Pada awalnya orang mempersoalkan kenapa harga tali leher je dah mahal sampai macam ni, rupa-rupanya mahal sebab tali leher ni 100% sutera. Patutlah mahal… Eh, sutera?!

Eaueajvuwaiez9C

Ya, rupanya tali leher ni mahal sebab diperbuat seratus peratus dari kain sutera, tapi dalam Islam, lelaki haram pakai sutera. Malah, di website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun dah dijelaskan tentang perkara ini.

Screenshot 2020 06 18 At 2.12.17 Pm

Macam yang kita semua tahu, kebanyakan produk dUck disasarkan untuk pengguna beragama Islam, oleh itu, dUck membuat pengumuman di Instagram rasminya bahawa dorang sudah pun menghentikan penjualan produk ini dan akan pulangkan balik duit kepada pelanggan-pelanggan yang dah membuat pembayaran.

Kami minta maaf kerana terlepas pandang pemilihan material untuk tali leher MARVEL x dUck dan akan hentikan penjualan serta merta. Duit tali leher yang dah terjual akan dipulangkan semua.

Untuk tali leher yang dah dibuat ini, kami akan berikan hadiah kepada petugas lelaki yang bekerja di barisan hadapan dan berharap ia akan berikan kegembiraan pada mereka sempena Hari Bapa ini.

Kami mohon maaf atas kesilapan dari pihak kami.

Pun begitu, agak ramai netizen yang mempersoalkan macam mana dUck boleh terlepas pandang benda seperti ini memandangkan pekerja termasuk pemilik dUck adalah beragama Islam.

Screenshot 2020 06 18 At 2.19.50 Pm Down

Nasib baik sempat tarik balik sebelum delivery…

 

Baca: “Sebab customer dia mostly T20” – Baru Je Launch Birthday Collection, Produk dUck Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit

Screenshot 2020 06 18 At 2.28.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.