in

“Termenangis sekali”-[VIDEO] Konon Belikan Aiskrim Vanilla Sebagai Hadiah Hari Bapa, Rupanya Ada Plot Twist Yang Buat Ramai Sedih

Cats 81

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai yang sambut Hari Bapa pada 20 Jun lepas dengan ayah masing-masing sebagai tanda diorang hargai jasa dan pengorbanan mereka. So, ramai yang post gambar dan video dekat sosial media tunjuk ayah masing-masing.

Ada seorang lelaki ini tidak ketinggalan buat perkara yang sama semasa sambutan Hari Bapa tersebut. Tapi, ramai yang tak sangka video Hari Bapa dia itu akan ada plot twist yang buat ramai orang sebak.


 

Belikan asikrim vanilla sebagai hadiah hari bapa

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Ahmaad Safuan baru-baru ini di Tiktok, dia berkongsi kisah dia nak berikan sesuatu dekat ayah dia sempena Hari Bapa. Bila ditanya nak apa, ayah dia cuma cakap teringin nak aiskrim vanilla jenama Walls.

@ahmaadsafuan

Selamat hari bapa buat semua ayah di dunia! You guys are amazing dad ❤️ #abah #happyfathersday

♬ original sound – BroSafuan – BroSafuan | TikTokGuru

Demi menunaikan craving ayah dia itu, lelaki yang dikenali sebagai Safuan terus keluar untuk cari aiskrim yang ayah dia nak. Cari punya cari, sampai dua kedai dia singgah barulah jumpa aiskrim vanilla jenama Walls itu.

“Alright dah beli. Mesti abah suka ni.”

Aiskrim

Lepas beli, dia terus balik rumah dan hidangkan untuk ayah dia.

“Masa ni abah dah tak sabar nak makan. Yelah craving kan. Kita kena paham.”

Dalam video itu, korang boleh tengok yang ayah dia puas dapat makan aiskrim yang dia craving itu siap tambah cocktail lagi.

Cocktail

 

Ada plot twist

Tapi, video itu tak habis macam itu sahaja. Rupanya jalan cerita di awal video itu cuma bayangan.

“Tapi sayangnya, ini cuma bayangan abang.”

Sebenarnya, ayah kepada Safuan sudah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Video konon dia belikan aiskrim untuk ayah dia itu cuma rekaan dia sahaja dan bukannya dirakam ketika Hari Bapa. Mesti dia rindu sangat dekat ayah dia kan.

Hospital

“I miss you Abah. Selamat Hari Bapa. Semoga Abah tenang di sana.”

Selamat Hari Bapa

 

Ramai yang sedih dan sebak

Di ruangan komen, ramai tak sangka yang video Hari Bapa oleh Safuan itu buat orang lain sebak dan sedih juga.

Whatsapp Image 2021 06 23 At 11.25.35 Am 1

Korang yang still ada ayah, hargailah diorang selagi diorang masih hidup. Bila dah tak ada nanti, korang tak boleh bayangkan betapa rindunya korang dekat diorang nanti. Percayalah….

 

Sumber: AhmaadSafuan

Baca:”Biar bonda pergi dulu” Beri Ucapan Hari Bapa Untuk Suami, ‘Ayat’ Elyana Buat Ramai Sebak

Capture 51

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.