Semalam tanggal 20 Jun, media sosial dipenuhi dengan ucapan Hari Bapa daripada warganet bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap bapa masing-masing.
Bagi ucapan Hari Bapa buat suami
Tidak terlepas juga penyanyi Elyana, turut memberikan ucapan sempena hari istimewa tersebut buat suaminya Khairul Anuar, namun perisiannya amat menyentuh hati pembaca.
Mesti ramai tahu bahawa Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, menghidapi kanser limfoma tahap empat dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Menerusi kapsyen di laman Instagramnya, selebriti tersebut meluahkan rasa kasih dirinya dan anak-anak kepada suami dan menyatakan bahawa Khairul merupakan insan terpenting dalam hidup mereka.
“Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah.Kalau ayah tak ada,kitorang tak best..mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero…” tulisnya
“bonda pergi dulu”
Walau bagaimanapun apa yang membuatkan ramai sebak, adalah doa yang ditulis Elyana.
Dia merasakan bahawa adalah lebih baik untuknya ‘pergi’ dahulu berbanding suaminya, kerana sangat penting ada insan bergelar ayah di dalam keluarga mereka.
“Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup ,and tak best kalau tak ada awak.”
“Dia pon perlukan nana utk hidup”
Ternyata posting dimuat naik Elyana ini menjadi perhatian netizen dan menyentuh hati mereka. Selain itu ramai mendoakan kesihatannya, dan berharap supaya Elyana tidak putus semangat menempuh ujian yang sedang dihadapi.
Kita sama-sama doakan supaya Elyana sihat dan kuat untuk tempuh ujian yang sedang diberikan.
Baca : Berat hanya 35kg, Elyana Tunjuk Keadaan Terkini Selepas Berhenti Buat Kemoterapi