in

“Takkan berjaya” – Tun M Anggap Usaha Syed Saddiq Tubuh Parti Baharu Untuk Orang Muda Hanya Sia-Sia

Dd 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baharu yang menfokuskan kepada golongan belia.


Tindakan ini susulan daripada keputusannya untuk tidak sertai parti baharu yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pejuang Tanah Air.D2 1

 

Terkini, menerusi laporan Astro Awani semasa sidang media Yayasan Kepimpinan Negara, Tun M menyifatkan bahawa parti khusus yang menfokuskan kepada golongan muda itu tidak akan berjaya.

Beliau berpendapat, sesebuah parti perlu memberi perhatian kepada semua golongan umur kerana setiap kawasan mempunyai penduduk muda dan tua.D1 2

 

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tetapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukannya sendiri.”

 

Kami mungkin muda, tapi kami sayangkan Malaysia – Syed Saddiq

Ekoran itu, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya ada memberi respon terhadap kenyataan tersebut dengan mengatakan beliau berterima kasih atas kritikan yang diberikan oleh Tun M dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Beliau juga menyatakan bahawa parti yang ingin beliau tubuhkan ini akan dipimpin oleh orang muda dari pelbagai profesion mewakili seluruh rakyat Malaysia.

 

Baca: Keluar Dari Bayang-bayang Mahathir, Syed Saddiq Nak Tubuh Parti Baru Fokus Pada Belia

D 2

Sumber: The Star
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.