in

Keluar Dari Bayang-bayang Mahathir, Syed Saddiq Nak Tubuh Parti Baru Fokus Pada Belia

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan yang dia tak akan sertai parti baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Pejuang Tanah Air.


Menurut FMT, bekas menteri ini mengatakan yang sekarang dah tiba masanya untuk dia tubuhkan parti politik sendiri yang berbilang kaum dengan memberi fokus kepada belia.

B88721Fd 5301 48Fb 9F02 89302E447Db4

“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan Future Forward, di Perancis mereka boleh menubuhkan En Marche di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.”

Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama.”

Keputusan yang dibuat oleh Syed Saddiq ini, rata-ratanya mendapat sokongan netizen yang mengharapkan parti baru ini akan lebih fokus kepada masa depan negara.

Screenshot 2020 08 24 At 12.35.44 Pm Down

 

Baca: Parti Pejuang Tanah Air : Tun M Akhirnya Umum Nama Parti Baharu

Screenshot 2020 08 24 At 12.43.34 Pm

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.