in

“Tak payah borong semua benda” – Ini Senarai Barang & Makanan Yang Korang Perlu Beli Kalau Malaysia Kena Lockdown

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kes positif dekat Malaysia ni dah naik mendadak, korang semua mesti tengah panik kan? Tak tahu macam mana nak buat kalau tiba-tiba kerajaan isytihar arahan lockdown ni? Rasa macam nak borong semua barang dekat supermarket takut-takutlah kebulur pulak kalau tak boleh keluar rumah.


Tapi korang please jangan panik, sebab bila korang panik korang akan borong semua benda dekat kedai sampai dah tak ada tinggal apa-apa dah untuk orang lain. Lagi pun, korang tak payah beli semua benda dan buat stock sampai untuk berbulan-bulan, sebab kalau lockdown pun korang masih dibenarkan keluar untuk beli barang dan makanan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

604760

So, apa yang korang patut beli? Ok sebelum tu, korang dinasihatkan untuk stock up paling lama pun untuk dua minggu sebab korang boleh keluar beli lagi kalau tak cukup dan untuk pastikan orang lain pun dapat juga bahagian dorang.

Senarai dekat bawah ni adalah makanan dan barangan yang korang patut beli dan simpan di rumah yang dicadangkan oleh The Patriots:

1. Beras

260Ba353 8Eb6 45C7 9746 08A3751Ed0Ed

Sebagai orang Asia, kita memang tak boleh hidup tanpa beras kan? So, adalah sangat bernas untuk korang beli beras dan simpan dalam bekas kedap udara sebab beras ni boleh bertahan sampai lima tahun tau!

2. Makanan yang boleh dibekukan

Frozen Meat A Slider

Kalau nak beli makanan yang boleh simpan lama, korang beli makanan yang boleh dibekukan macam daging, ayam dan ikan. Tapi, make sure cara penyimpanan korang tu betul supaya makanan-makanan ni tak rosak.

Untuk sayur pula, korang boleh beli brokoli atau kobis bunga sebab ia boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais. Bawang, ubi kayu dan ubi keledek pun korang boleh simpan dalam peti ais.8516712 16X9 Large

Tak cukup dengan tu, kalau korang beli cili padi, buang tangkai dan simpankan dalam bekas kedap udara yang dah dialas dengan tisu lembap, ia boleh tahan hampir sebulan tau!

Oh ya, roti pun korang boleh bekukan dan simpan untuk jangka masa yang lama. Selagi tak berkulat, selagi tu boleh makan. Bila keluar dari peti ais tu, masuk je dalam toaster dan bakar. Settle!

3. Makanan dalam tin

5Bcf5Fd5C7621908Be1Ef4B4

Makanan dalam tin dah terbukti boleh simpan untuk jangka masa yang lama dan sekarang ni bukan je sardin yang korang boleh beli, ada macam-macam jenis makanan yang korang boleh dapat dari dalam tin, nak masak pun senang weh! Minyak jangan lupa!

On top of that, korang boleh save space dalam peti ais sebab makanan dalam tin ni boleh simpan je dekat luar.

4. Barang-barang keperluan asas

Gettyimages 458984207 612X612 1

Selain dari makanan, korang jugak boleh barang-barang keperluan asas macam berus gigi, ubat gigi, syampu, tuala wanita, sabun basuh baju, topeng muka dan sabun basuh tangan serta ubat macam panadol dan minyak angin in case kalau korang dapat sakit-sakit ringan.

Again, admin nak ingatkan supaya korang jangan panik dan borong benda yang tak patut serta ingat orang lain okay? Setakat ni belum ada lagi arahan untuk lockdown, so korang boleh je beli sikit-sikit dulu.

 

Baca: Wanita M’sia ‘Terperangkap’ Di China Kongsi Macam Mana Dia Hidup Sepanjang 40 Hari Kena Lockdown

Collage 36

Sumber: The Star
Sumber: Supplybunny
Sumber: HPC
Sumber: ABC
Sumber: BIM
Sumber: Getty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.