in

“Tahan lasak” – Ini 5 Fakta Menarik Tentang Randoseru, Beg Sekolah Pelajar Jepun

3Beg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tengok tak budak sekolah di Jepun pakai beg sekolah macam mana. Alaa yang macam kotak empat segi tu. Kalau korang nak tahu, beg tu namanya ialah Randoseru.


Kali ni admin nak share sikit 5 fakta menarik pasal beg sekolah Randoseru ni. Info-info pasal beg ni dipetik dari Facebook Mine Ashley

Screenshot 2020 08 08 At 4.21.54 Pm

 

Warranty selama 6 tahun

Setiap beg Randoseru ni ada warranty selama 6 tahun. Sebab apa 6 tahun? Sebab sekolah rendah di Jepun ni 6 tahun lamanya. Sama macam kita kat Malaysia. So sepanjang 6 tahun bersekolah tu, kena beli beg ni sekali je tapi tahan lama.

Screenshot 2020 08 08 At 4.22.55 Pm
Sumber: google image

 

Boleh jadi pelampung

Siapa sangka beg yang empat segi ni boleh jadi pelampung. Kemampuan beg ni untuk terapung dapat menyelamatkan pelajar sekolah sekiranya terjadi kemalangan yang tak diingini di kawasan berair seperti longkang, sungai atau tasik.

Screenshot 2020 08 08 At 4.23.25 Pm
Sumber: facebook
Screenshot 2020 08 08 At 4.22.27 Pm
Sumber: facebook

 

Menghalang dari hentakan kepala sekiranya terjatuh

Kalau kita tengok structure beg ni, memang nampak teguh kan. Sebab tu penting kalau budak sekolah terjatuh, sekurang-kurangnya kepala dorang tak lah terhentak kat lantai. Boleh elak dari berlaku concussion kalau kepala terhentak secara tiba-tiba.

Screenshot 2020 08 08 At 4.23.14 Pm
Sumber: google image

 

Pelindung dari gempa bumi

Semua orang tahu Jepun ni selalu kena bencana alam. Gempa bumi dan tsunami tu biasa. Bagi mengikut kesediaan pihak negara tersebut menghadapi bencana alam, beg Randoseru ini boleh menjadi pelindung kepada pelajar sekolah sekiranya bencana alam berlaku. Beg tersebut boleh diletakkan di atas kepala mereka dan mengelak dari terkena objek yang jatuh.

Screenshot 2020 08 08 At 4.22.36 Pm
Sumber: facebook

Ada reflector pada setiap beg

Beg Randoseru ini juga dilengkapkan reflector bagi memudahkan pengguna jalan raya lain untuk alert dengan kehadiran pelajar sekolah pada lewat petang atau malam. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan dan pelajar sekolah berjalan kaki.

Screenshot 2020 08 08 At 4.23.05 Pm
Sumber: facebook

 

Baca: “Mak aihhh kreatif teruk ni” – Bapa Tak Mampu Belikan Anak Beg Sekolah, Terus Buat Sendiri Pakai Tali Rafia

Screenshot 2020 08 08 At 4.25.04 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.