in

“Menyusahkan orang” – Polis Akhirnya Berjaya Tahan Pasangan Indo Positif Covid-19 Yang Larikan Diri Di Sarawak

2 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan warga Indonesia yang menghilangkan diri berjaya ditahan malam tadi di tepi jalan di kawasan perumahan di Jalan Matang Baru, Kuching selepas mereka diuji positif Covid-19 pada hari Selasa lalu, lapor Harian Metro.


Q 1

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menahan mereka sebelum menghantar pasangan itu ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

51592533353 Datukaidiismail

Pasangan itu menjalani ujian Covid-19 sebagai saringan bagi permohonan permit kerja mereka.

Walau bagaimanapun, pasangan itu didapati tidak berada di kediaman mereka sewaktu pihak KKM pergi ke rumah kongsi di tapak pembinaan di Petra Jaya.

Gerakan mengesan pasangan berkenaan dilakukan selepas pihak KKM membuat laporan polis pada pagi semalam.

Seeloknya bagi kerjasama dengan pihak KKM supaya tiada sebarang masalah yang timbul.

Baca : “Tak habis2 menyusahkan orang”  – 7 Lelaki Asing Dipercayai Positif Covid Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin Di KL

L 1

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.