in

“Sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara” – ‘Cable’ Gangster Besar New Zealand Tengah ‘Aim’ Brenton Tarrant

Brentonn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sahaja keluarga mangsa, rakyat dari seluruh dunia turut merasai keperitan yang terjadi dalam tragedi di Christchurch pada Jumaat lepas.


Kemarahan terhadap Brenton Tarrant ini semakin membuak-buak apabila dia mengatakan dirinya sebagai ‘pejuang’ atas tindakan kejam yang dilakukan.

Kumpulan samseng yang paling digeruni di New Zealand, pun geram dengan si pengganas durjana tu.

 

“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.”

Gangster

Bayangkan ganster yang digeruni oleh penduduk setempat pun tak puas hati dengan Brenton Tarrant. Mongrel Mob, geng motorsikal paling merbahaya di New Zealand anggap bahawa kelakuannya membunuh jemaah masjid itu adalah tindakan paling bacul.

Gangster4

“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.”

“Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya.”

Lapor Astro Awani, mereka juga turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga korban.

Bayangkan orang macam ni pun faham erti perpaduan, dan perkauman bukanlah isu utama mereka untuk bertindak kejam.

 

Sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara”

Gangster2
Sumber : twitter

Difahamkan, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada banduan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Tapi, menurut salah seorang ahli samseng tersebut, Tarrant kini sedang diperhatikan oleh cable mereka.

 

Baca : “Kalau jumpa, saya nak tumbuk muka dia.” Keluarga Penembak Christchurch Mahu Dia Terima Hukuman Mati

Familybrenton

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.