in

“Kalau jumpa, saya nak tumbuk muka dia.” Keluarga Penembak Christchurch Mahu Dia Terima Hukuman Mati

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Brenton Tarrant, suspek pengganas yang membuat tembakan rambang di dua masjid di Christchurch telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa setakat ini atas satu kes pembunuhan pada 16 Mac lepas.


Namun ia tidak terhenti setakat itu saja, apabila dikatakan Brenton akan didakwa dengan beberapa tuduhan lain pada 5 April nanti.

Semasa dia dihadapkan ke mahkamah Sabtu lalu, Brenton langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi bersalah meskipun didakwa membunuh hampir 50 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang.

Malah, dia sempat senyum dan tunjuk simbol white supremacist (tiga jari ke bawah) masa tuduhan dibacakan!

Walaubagaimana pun, keluarga Brenton yang turut terkesan dengan insiden ini telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan berdarah yang dilakukannya ini.

Sepupu Brenton, Donna Cox adalah antara ahli keluarga yang bersedia untuk bercakap tentang insiden tersebut.

11104330 6819175 Cousin Donna Cox Pictured Says She Is In Disbelief Over The Atta A 3 1552854337954
Sumber: daily mail

Dalam temubual eksklusif bersama Alex Cullen, Donna tak menyangka personaliti Brenton yang dulunya normal kini berubah menjadi seperti orang tak betul malah baginya lelaki itu layak menerima hukuman mati.

“Dia tak dibesarkan macamtu, saya bukan ada di sini untuk pertahankan dia kerana tak ada alasan yang dia boleh berikan untuk bertindak seperti ini.

“Saya tahu apa yang dia layak dapat. Dia layak dapat hukuman mati.

“Saya lebih sedih untuk ibu dan kakaknya kerana dia tak dibesarkan seperti itu. Ibu dan ayahnya orang yang sangat dihormati di sini, dan untuk fikir anak lelaki mereka boleh buat perkara seperti ini… Mereka tak layak terima perkara ini.”

Mana tidaknya, ibu Brenton merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Australia dan bapanya seorang pengutip sampah yang disegani oleh penduduk di sana.

Apabila bapanya meninggal 10 tahun lepas, Brenton telah mengembara mengelilingi dunia selama 7 tahun dan melawat beberapa negara seperti Pakistan dan Korea Utara sebelum dia sampai ke New Zealand.

Menurut Donna, ketika berita tentang serangannya tular pada Jumaat lepas, ibu dan kakaknya telah ditempatkan di bawah perlindungan polis dan tak boleh dihubungi oleh ahli keluarga yang lain untuk keselamatan mereka.

Sementara itu, seorang lagi saudara Brenton yang tak mahu namanya dikenali memberitahu Daily Mail, seluruh komuniti di Grafton terkejut dengan tindakan kejam Brenton.

“Semua orang sedang keliru, terluka dan marah. Saya kecewa.

“Saya bencikan dia sekarang ini. Kalau saya nampak dia, saya akan tumbuk mukanya sekuat hati saya. Dia tak dibesarkan untuk menjadi ‘racist’. Tak ada siapa yang buat dia jadi macamni.

“Kedua ibu bapanya merupakan orang yang sangat mulia. Jadi, saya nak tahu dari mana kebencian dalam dirinya datang sebab saya pasti ia bukan dari keluarga atau rakan-rakannya di sini.”

Tak cukup dengan itu, seorang lagi sepupu Brenton juga tak mahu dikenali mendedahkan yang Brenton sangat obses dengan permainan video hingga dia pernah terkencing dalam seluar kerana tak mahu berhenti bermain hanya untuk pergi ke tandas. Melampau obses ni!

11103934 6819175 Image A 117 1552831211203
Sumber: daily mail

Manakala, bagi pakcik dan nenek Brenton, Marie dan Terry Fitzgerald, mereka memohon maaf bagi pihak Brenton dan pada masa sama juga turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh Brenton ini.

“Apa yang dilakukan oleh dia adalah salah. Sukar untuk kami terima yang salah seorang dari ahli keluarga kami sanggup melakukan perkara sebegini.”

Walau macam mana pun “sejarah” baik dia pada satu ketika dulu, tindakan Brenton ini tetap salah dan dia patut menerima hukuman yang setimpal. Lagi-lagi bila dia tak tunjuk langsung rasa bersalah lepas buat semua ni.

 

Baca: 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang di Christchurch New Zealand & Motif Utama Serangan!

Screenshot 2019 03 18 At 5.16.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.