in

Suami Cekup Isteri Dalam Keadaan Bogel Atas Katil Bersama ‘Rakan Perniagaan’ di Hotel

Page 25

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata.

Perasaan curiga seorang suami terhadap isterinya berjaya membongkar rahsia yang tidak dijangka.

Seorang suami berusia dalam lingkungan 30-an dari Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini akui bahawa mencurigai isterinya yang hampir setiap hari keluar bersama seorang lelaki atas alasan ‘urusan perniagaan’.

Apatah lagi isterinya yang berusia 27 tahun itu dijemput lelaki berkenaan di depan rumahnya Selasa lalu membuatkan perasaan curiganya membuak-buak.

Menurut lelaki itu, semenjak akhir-akhir ini isterinya juga bertukar sikap menjadi pemarah membuatkan wanita itu sering mengamuk dan kuat melawan kata-katanya.

Gaduh
gambar hiasan

Namun, bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki berkenaan tidak bertindak sendiri sebaliknya mengambil keputusan untuk menghubungi penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim, meskipun marah dan kecewa dengan sikap isterinya lelaki itu tidak bertindak mengikut hati dan perasaan semata-mata.

Dalam diam, lelaki itu melakukan intipan dan mengekori kereta yang dinaiki isterinya bersama lelaki berkenaan sebelum melihat mereka berdua masuk ke sebuah hotel. Tak dapat bayangkan perasaan dia masa ni…

Kedua-dua mereka kemudian ditangkap selepas pihak JHEAT melakukan serbuan sebaik sahaja diberitahu lelaki berkenaan tentang hal itu.

Cekup
gambar hiasan

Lebih menyedihkan apabila isterinya bersama lelaki itu berada di dalam keadaan bogel ketika ditangkap di bilik hotel tersebut. Luluhnya hati seorang suami.

Kes disiasat bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu kerana cubaan melakukan persetubuhan luar nikah.