in

“Siap ada tabung oksigen” – Tak Sanggup Tengok Situasi Kucar Kacir, Lelaki di India Tukar Beca Jadi Ambulans

Ft Becaambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mohammad Javed Khan, itulah nama individu yang bukan sahaja sanggup menggunakan duit sendiri tetapi juga merisikokan nyawa demi membantu orang yang tidak dikenalinya, mendapat bantuan diperlukan.



Javed, 34, tidak sanggup melihat keadaan kucar kacir dan penderitaan dialami pesakit Covid-19 di Bhopal, India dan ketika itulah dia nekad menukarkan beca bermotornya kepada ambulans.

Ambulan1

Demi membiayai kos mengubah suai motosikal tiga roda itu menjadi ambulans kecil, Javed menggadai barangan kemas isterinya dan menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa saja, secara percuma.

 

Lengkap dengan tabung oksigen!

Melalui sebuah video di Twitter, ambulans Javed dilihat dilengkapi dengan tabung oksigen, oksimeter bagi mengukur tahap oksigen dalam darah serta peralatan perubatan asas yang lain.

Namanya menjadi sebutan dan viral selepas tindakannya itu dipuji ramai apatah lagi dia sendiri membiayai kos sekitar 600 Rupee (RM33.48) untuk mengisi silinder oksigen.

Kata Javed, dia berasa sebak dan hiba setiap kali menlihat orang terpaksa bersusah payah membawa keluarga mereka yang dijangkiti Covid-19 kerana tidak mampu menggunakan perkhidmatan ambulans yang menelan kos antara 5,000 hingga 10,000 Rupee (antara RM279 hingga RM558).

Seorang pesakit kritikal tidak boleh dibawa ke hospital tanpa bantuan oksigen. Jadi, saya tidak kisah mengubah beca saya menjadi ambulans.”

Mungkin ia tidaklah sebesar ambulans sebenar, tetapi sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa orang.”

Ambulan2

Ambulan5

Niat murni Javed turut dibantu seorang individu yang turut menyumbang tabung oksigen dan oksimeter untuk ambulans kecilnya itu. Bukan itu saja, dia turut dapat tunjuk ajar daripada seorang doktor tentang rawatan asas kecemasan.

Macam mana orang miskin mampu membayar kos itu apatah lagi ketika pandemik ini ramai orang terkesan kerana tiada pendapatan.”

Ramai orang datang membantu dan meminta saya meneruskan misi ini sampai pandemik berakhir. Berkat bantuan ramai, saya dapat melakukan usaha ini.”

Ambulan4

 

Kecoh lepas ada satu pesakit maut sebab polis tahan Javed

Meskipun mendapat pujian dan perhatian namun tindakan Javed itu tidak digemari pihak berkuasa tempatan kerana dia dianggap melanggar perintah berkurung. Malah, dia pernah ditahan polis ketika sedang membawa pesakit untuk dipindahkan ke sebuah hospital.

Kejadian itu berlaku pada 1 Mei lepas di mana polis menahan Javed kerana melanggar perintah berkurung dan membawa oksigen ‘secara haram’, lapor The Wire.

Difahamkan, dia dalam perjalanan untuk menjemput Madan Singh, pesakit berusia 57 tahun dari Hospital Ayushman untuk dibawa ke Hospital Narmada di Bhopal. Polis kemudian menahannya di sekatan jalan raya dan tidak membenarkan Javed untuk meneruskan perjalanan. Meskipun dia sudah cuba berunding polis itu tetap bertegas dan menahannya selama dua jam.

Rblock

Malah, isteri Singh juga turut hadir ke balai polis dan memohon agar Javed dibebaskan tetapi polis tidak mengendahkan rayuan itu. Malangnya selepas beberapa jam menunggu, Singh dilaporkan maut di Hospital Ayushman. Kata Javed,

Polis menahan saya selama dua jam meskipun sudah maklumkan saya perlu menjemput pesakit kritikal.”

Polis menuduhnya menjalankan operasi beca tanpa kebenaran namun selepas menerima banyak bantahan dan kecaman di media sosial, pihak berkuasa menarik dakwaan itu dan memberikan kebenaran khusus kepadanya.

Baca: Situasi COVID 19 di India Makin Memburuk, Keluarga Terpaksa Guna Socmed Untuk Minta Bekalan Oksigen & Katil Kosong

India 1

Sumber: IndiaTV
Sumber: Masala!
Sumber: TimesofIndia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.