in

Shopping Mall bukan punca penyebaran wabak Covid-19 – KKM

Cc 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu kita digemparkan dengan kes jangkitan Covid-19 yang menjangkiti pekerja di pusat beli-belah. Antara pusat beli-belah yang tersenarai adalah Aeon Mall Nilai, Nu Sentral, Suria KLCC, Central i-City dan Sunway Pyramid.

Ekoran itu, orang ramai mula panik dan meninggalkan pelbagai komen di laman media sosial dengan menyatakan kerisauan mereka dengan keadaan yang berlaku.


Walau bagaimapuun, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa semua pusat beli-belah bukan punca jangkitan mahupun potensi penyebaran virus Covid-19.

“Untuk makluman semua, sesuatu kawasan yang dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM. Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes adalah selepas (KKM) mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan,”

“Oleh itu, kesemua pusat beli-belah bukan merupakan punca jangkitan mahupun ada potensi penyebaran virus Covid-19.”

C 4 4

 

Pujian perlu diberikan kepada tindakan proaktif pusat beli-belah

Tambahnya, penghargaan harus diberikan kepada tindakan proaktif pusat beli-belah yang terlibat kerana mengambil langkah kawalan dan pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM.

“Penghargaan juga kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes Covid-19 di sekitar mereka,”

“Kami ingin menasihati orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik dalam masyarakat.”

 

Korang jangan panik. Kalau korang pernah pergi mall waktu terdekat ni kalau boleh monitor tahap kesihatan korang. Min pun baru pergi KLCC hujung minggu haritu. 

Baca: Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Malls

Sumber: The Edge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.