in

Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Malls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak sejak akhir-akhir ini, kes COVID-19 di Semenanjung Malaysia kian meningkat secara mendadak dan kebanyakannya melibatkan mereka yang baru pulang daripada kawasan hotspot di Sabah?


Pada Ahad lepas saja, 150 kes baru dicatatkan yang mana 124 kes sahaja dicatatkan di Sabah, manakala 24 kes pula dicatatkan di Semenanjung Malaysia. 

Sehingga Ahad semalam, beberapa pusat beli belah ditutup gara-gara staf di shopping mall tersebut dilaporkan positif COVID 19.

Berikut senarai shopping mall yang telah dilaporkan mempunyai kes COVID-19:

 

1. Suria KLCC 

Pusat membeli belah Suria KLCC telah dilaporkan mempunyai kes COVID 19 selepas salah seorang ahli pusat gym, Babel Fit positif wabak tersebut pada 23 September lepas. 

Perkara ini disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan pada 27 September 2020.

Suria KLCC management would like to confirm a positive Covid-19 case dated 23 September 2020 involving a member of Babel…

Posted by Suria KLCC on Sabtu, 26 September 2020

 

2. The Linc KL 

Ibu bapa kepada salah seorang kanak-kanak di taska Trinity Kids dekat The Linc KL, Jalan Tun Razak telah dilaporkan positif COVID 19. 

Perkara ini juga disahkan oleh pihak The Linc KL dalam satu kenyataan pada 24 September 2020.

Menurut The Linc KL, kanak-kanak tersebut terlibat dalam program pembelajaran separuh hari sehingga tengah hari dan telah datang ke taska tersebut terakhir pada hari Khamis, 17 September lalu.

 

3. KL Gateway Mall 

Dalam satu kenyataan daripada pihak pusat beli belah tersebut pada 27 September lalu, salah seorang staf di Menara Suezcap 1 Office dilaporkan positif COVID 19 pada 25 September 2020.

Walau bagaimanapun, staf terbabit telah disahkan negatif daripada wabak tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan KL Gateway pada 27 September. 

Staf tersebut katanya baru pulang dari Sabah dan pejabat di mall terbabit kekal ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

[ANNOUCEMENT UPDATE]

Posted by KL Gateway Mall on Sabtu, 26 September 2020

 

4. Sunway Pyramid 

Salah seorang staf di premis Nike tingkat satu Sunway Pyramid Mall, Selangor telah disahkan positif COVID 19 pada 26 September 2020.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Sunway Pyramid, staf Nike tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke tempat yang berisiko tinggi.

The management of Sunway Pyramid Mall has been made aware of one Covid-19 case on 26/9/2020, involving one staff of Nike…

Posted by Sunway Pyramid on Sabtu, 26 September 2020

 

5. NU Sentral 

Hampir serupa dengan kes-kes di atas, salah seorang staf di pusat beli belah NU Sentral Kuala Lumpur telah disahkan positif COVID 19 pada 26 September 2020.

Sebagai langkah berjaga-jaga pihak NU Sentral telah melakukan sanitasi ke seluruh pusat beli belah tersebut mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari yang sama iaitu 26 September lepas. 

PUBLIC ADVISORY – NU SENTRAL SHOPPING CENTRE MANAGEMENT STAFF REPORTED POSITIVE COVID-19 The NU Sentral Management…

Posted by NU Sentral on Sabtu, 26 September 2020

 

6. Central Walk I-City (berdekatan I-City Mall) 

Pada 26 September 2020, salah seorang staf di Central Walk Management Office dekat bangunan i-Soho dilaporkan positif COVID 19 dan mempunyai sejarah perjalanan ke tempat berisiko tinggi.

Sehubungan dengan itu, Central Walk Management Office akan ditutup sementara daripada 28 September hingga 4 Oktober 2020. Manakala semua fasiliti di tiga bangunan i-Soho, i-Suite dan Central Walk juga akan ditutup. 

Apa-apapun berhati-hatilah walau di mana kita berada. Ingat pesan KKM, sentiasa jaga jarak dan pakai mask. Kalau boleh janganlah kita pergi ke tempat yang ramai orang dan sesak. #KitaJagaKita 

Baca: Baru Pulang Dari Empat ‘Zon Merah’ Ini? KKM Nasihat Untuk Buat Ujian COVID 19 Sebagai Langkah Berjaga-jaga

Sabah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.