in ,

“Sedih mengenangkan anak dia” – Brader Ni Tawar Diri Ganti Cermin Pecah, Ringankan Beban Keluarga Abang Botak

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia ni diakui, rata-ratanya memang prihatin.


Macam sorang brader ni, yang memuatnaik satu perkongsian meluahkan rasa sedihnya tatkala mengenangkan nasib anak dan isteri Abang Botak — yang terpaksa beraya tanpa kehadiran seorang ayah dan suami di sisi.

Individu mulia yang dikenali dengan nama Mohd Fadzli Ramli ni sanggup menawarkan diri untuk mengganti cermin yang dipecahkan — dalam kejadian melibatkan Abang Botak dan seorang pemandu kenderaan yang tular baru-baru ini.

Abam1

“Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan “Abang Botak” yang bernama Daniel Abdullah Tan serta merta dengan harapan perkara ini tidak berulang…”

Dalam perkongsian di laman Facebooknya itu, beliau bagaimanapun tidak menafikan kekerasan yang dilakukan Abang Botak adalah suatu kesalahan — namun beliau merasakan lelaki itu wajar diberi peluang kedua.

“Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua…”

Katanya lagi, hidup ini umpama roda — dan tidak mustahil suatu hari nanti ada dalam kalangan kita mungkin akan berada di tempat Abang Botak.

“Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenayah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location..”

Botak4

“But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu..”

Baik betul brader ni, mungkin boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada orang lain di luar sana.

Kadang-kadang, pertimbangan dan belas ihsan dari manusia mampu memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang — berbanding hukuman dan perkara lain seumpamanya.

 

Baca: Sebab Pecahkan Cermin Kereta, Abang Botak Dihukum Penjara. Tapi Ramai Tak Setuju Sebab…

Untitled Collage 11

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.