in

“Sebenarnya nak ‘balas dendam’ kat customer” – Ini 5 Benda Yang Tercipta Secara Tak Sengaja

Sebenarnya Nak Balas Dendam Kat Customer Ini 5 Benda Yang Tercipta Secara Tak Sengaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pernah tak tenung satu objek dan terfikir, macam mana lah pencipta dia boleh dapat idea untuk hasilkan barang ni?


Kalau anda nak tahu, ada beberapa barang yang kita selalu jumpa dalam kehidupan seharian sebenarnya tercipta secara tidak sengaja.

Ada sesetengah daripada barang ni terhasil selepas satu eksperimen gone wrong, ada juga yang terhasil sebab si pencipta sebenarnya tengah mengamuk dan nak ‘balas dendam’ pada pelanggan.

Jadi hari ini, admin akan kongsikan 5 barang yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian yang sebenarnya terhasil secara tidak sengaja.

1. Slinky

Jumbo Slinky Gal E1615103613986

Pernah menjadi satu trend alat permainan suatu ketika dahulu, Slinky sebenarnya merupakan hasil ciptaan tidak sengaja seorang engineer, Richard Jones.

Pada tahun 1943, Jones sedang mencipta satu meter istimewa untuk memantau tenaga di atas sebuah kapal perang tentera laut.

Semasa sedang bekerja, salah satu spring yang digunakan telah terjatuh ke lantai. Idea disebalik permainan bernama Slinky terhasil selepas Jones melihat spring berkenaan yang seperti ‘berjalan’ di atas lantai.

2. Penisilin

1140 Penicillin Allergy.imgcache.rev28Bb99552131Dde4017A401559F756D5 E1615104585434

Mungkin ramai yang tak tahu penisilin atau antibiotik sebenarnya tercipta secara tidak sengaja.

Sir Alexander Fleming sedang bereksperimen dengan virus influenza di Laboratory of the Inoculation Department di St. Mary’s Hospital, London pada tahun 1928.

Sering digambarkan sebagai seorang lab technician yang careless, Sir Alexander Fleming yang baru pulang dari bercuti selama dua minggu perasan akan kehadiran kulat pada satu Petri dish staphylococci (sejenis bakteria) yang secara tidak sengaja telah dicemari.

Ketika itulah, Sir Alexander Flemming menyedari kulat tersebut telah menghentikan perkembangan staphylococci dan begitulah bagaimana penisilin yang kita kenali pada hari ini terhasil.

3. ‘Potato Chips’

Potato Chips E1615104697910

Tahukah anda potato chips sebenarnya terhasil secara tak sengaja dan ia dihasilkan kerana tukang masaknya nak ‘balas dendam’ pada seorang pelanggan cerewet?

Pada musim panas tahun 1853, seorang pelanggan telah memesan French Fries di Moon’s Lake House, Saratoga Springs, New York. Pada ketika itu George Crum sedang bekerja sebagai tukang masak di hotel terbabit.

Pada mulanya, Crum telah menghidangkan French Fries istimewa miliknya dalam bentuk standard thick-cut yang selalunya akan dimakan dengan menggunakan garfu. Namun begitu, pelanggan terbabit tidak berpuas hati dan berkata potongan kentang terlalu tebal. Sekali lagi, Crum telah memasak French Fries sama tetapi dengan potongan yang lebih nipis.

Walau bagaimanapun makanannya sekali lagi di-reject pelanggan sama yang masih beranggapan potongan kentang terlalu tebal.

Homemade Potato Chips 1 Of 1 E1615105374816

Disebabkan marah dan mahu ‘membalas dendam’ kepada pelanggan yang cerewet itu, Crum dengan sengaja telah memotong kentang dengan potongan yang sangat nipis sehingga sukar untuk dimakan dengan garfu. Selain itu, dia juga telah menaburkan garam yang banyak ke atasnya.

Tetapi, hidangan itu menepati citarasa pelanggan cerewet tadi. Tidak lama selepas itu, pelanggan lain pula mula memesan hidangan sama.

4. ‘Microwave’

Microwave E1615104806442

Microwave atau ketuhar gelombang mikro mudah dijumpai di kebanyakan rumah pada masa kini. Tapi, tahukah anda, microwave juga sebenarnya dicipta secara tidak sengaja?

Pada tahun 1945, Percy Spencer yang bekerja dengan sebuah syarikat bernama Raytheon sedang menjalankan kajian melibatkan projek yang menggunakan radar.

Ketika sedang bereksperimen, Spencer perasan candy bar yang diletakkan di poketnya mula cair kerana suhu panas yang dikeluarkan alat eksperimennya.

Menyedari alat ciptannya itu mampu untuk memanaskan makanan, Spencer memasukkan bertih jagung ke dalamnya dan tidak lama selepas itu ia ‘meletup’ menghasilkan popcorn. Ketika itulah Spencer menyedari fungsi sebenar alat eksperimen yang diciptanya.

5. ‘Sticky note’

Sticky Note E1615105006353

Pada lewat tahun 1960-an, Spencer Silver, seorang pengkaji di 3M Laboratories secara tidak sengaja telah mencipta sejenis pelekat yang kuasa lekatannya lemah jika dibandingkan dengan pelekat lain.

Selain itu, pelekat ciptaannya juga mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan walaupun sudah dilekatkan pada sesuatu.

Pun begitu, Silver tidak menyedari penemuannya itu sehinggalah pada tahun 1974 apabila seorang saintis di 3M Laboratories berharap ada sesuatu yang boleh dia gunakan untuk menampal helaian daripada buku hymn miliknya tanpa meninggalkan kesan.

Apa pendapat korang? Ada lagi ke mana-mana objek yang korang tahu dicipta secara tidak sengaja? Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen!

Sumber: Business Insider, Reader’s Digest, Procaffeniation, Wondereopolis, Healio News, National Museum of Play

Baca: Kon Waffle Tercipta Secara Tak Sengaja, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Ice Cream

Fakta Menarik Tentang Ice Cream 1 E1615102921813

Sumber: AARP
Sumber: Food Network
Sumber: Office Depot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.