in

Scan Dapat Kembar 8, Tapi Lepas Bersalin Rupanya kembar 10

Kembar10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu keajaiban dan rezeki apabila dapat melahirkan cahaya mata kembar. Bagaimanapun, ia berisiko tinggi kerana memerlukan pemantauan doktor sepanjang tempoh hamil.



Kalau sepasang kembar biasanya masih boleh bersalin normal, tetapi jika kandungan seseorang ibu itu kembar 3 ataupun lebih, ia selalunya perlu melalui proses ceasarean dan harus dibuat pada minggu ke 37 atau lebih awal lagi.

Tapi bagaimana pula kalau sampai kembar 10? Kedengaran pelik tetapi perkara ini benar-benar berlaku dekat seorang wanita dari Afrika Selatan, Gosiame Thamara Sithole.

4 24

Pada mulanya dia disahkan hamil kembar 8, perkara itu diketahui saat ibu 37 tahun ini mahu bersalin. Menurut Sinar Harian, semasa imbasan dilakukan ketika masih dalam kandungan, hanya ada 6 orang bayi sahaja.

3 1 26
Sudah semestinya Gosiame bersalin melalui pembedahan carsarean, dia bersalin pada usia kandungannya 7 bulan 7 hari.

Menurut ibu ini, dia tidak pernah melakukan apa-apa rawatan kesuburan untuk mendapatkan anak kembar.

“Apabila doktor memberitahu bayi di dalam rahim adalah kembar lapan, sukar saya mempercayainya dan mengambil masa untuk menerima kenyataan.”

“Ini adalah keajaiban dan sepanjang kehamilan saya tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang teruk,”

1 1 22

Walaubagaimanapun, sumber menyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama pasangan ini mempunyai cahaya mata kembar, mereka juga ada sepasang kembar lain yang kini dah berusia 6 tahun.

Menurut Professor Dini Maweli daripada Sefako Makgatho Health Sciences University berkata, kes ini jarang berlaku dan katanya lagi ia mempunyai risiko besar kepada ibu.

 

Baca : “Ramai gila!” – Viral! Ibu 25 Tahun, Selamat Lahirkan Anak Kembar 9

Mengandung

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.