Beberapa hari lepas, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi telah menimbulkan rasa marah netizen apabila dia tweet berita palsu mengenai isu virus Wuhan.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Sembilu itu dikecam teruk sehinggakan dia kena troll habis-habisan di media sosial.
Disebabkan kecaman itu, Malay Mail telah menghubungi Zed Zaidi berkenaan dengan isu ini. Katanya dia memang alert dan tahu bahawa berita itu merupakan berita palsu.
Sudah semestinya, kita tahu benda tu (meme generator breakyourownnews.com) boleh digunakan untuk buat apa jua jenis berita. Jadi, takkanlah saya tak tahu yang berita tu tak betul”
Presiden Seniman itu juga menjelaskan bahawa dia hanya mahu menonjolkan gambarnya memakai topeng muka di Twitter.
“Apa yang saya cuba lakukan adalah gabungkan berita (palsu) yang mempunyai imej orang yang memakai topeng muka dengan saya memakai sendiri.”
Berikutan dengan posting itu jadi tular, Zed hari ini ada beri keterangan selama dua setengah jam kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Diarah beri keretangan
Presiden Seniman Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi hadir di SKMM, Cyberjaya untuk memberi keterangan berkaitan penyebaran berita palsu mengenai penularan jangkitan 2019 novel #koronavirus di media sosial pic.twitter.com/8nVVPkCAdv
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 31, 2020
Lapor Malaysia Gazzete, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil ditemani oleh peguamnya, Zamri Idrus. Zamri berkata, anak guamnya itu dipanggil untuk memberikan kerjasama bagi membantu SKMM menyiasat satu kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 233 (1A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tambahnya, Zed Zaidi memberikan kerjasama yang baik dalam kes tersebut tanpa berlaku sebarang perkara sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada, terdapat sebarang bentuk peralatan diambil daripada Zed seperti kad sim atau telefon bimbit, Zamri memberitahu, ia merupakan prosedur biasa yang dilakukan oleh pihak tersebut dalam menjalankan siasatan.
Hati-hati ketika menggunakan laman sosial – Zed Zaidi
Sementara itu, Zed Zaidi sempat mengingatkan pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati ketika menggunakan laman sosial terutama semasa hendak membuat sebarang posting.
Baca : “Dah sendu tu diam je lah” – Netizen Bengang Zed Zaidi Sebar Berita Palsu, Gesa SKMM Ambil Tindakan