in

“Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam” – Aina Abdul Buka Mulut

Aina3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak hal yang terjadi, persembahan Aina Abdul menerusi lagu sumpah yang menjadi buah mulut warganet.


Persembahan yang dikatakan memberi galakan orang ramai untuk membunuh diri itu telah ditepis oleh tuan empunya badan sendiri.

Selepas selesai melakukan persembahannya, Aina Abdul jawab spekulasi masyarakat yang dah salah anggap dengan mesej yang cuba disampaikan.

 

Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa” Aina Abdul 

View this post on Instagram

Kenyataan Aina Abdul Dakwaan Persembahan Konsep Bunuh Diri. . Assalamualaikum wbt. . Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. . Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. . Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. . Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya. . Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. . Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. . Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa. . Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul. . Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda. . Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur. . Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni. . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua. . Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah. . . Outfit by : @tsyhmi Makeup by : @ahma_dani Blood works Special Effect by : @ellasandera (Instagram) Heels by : @giuseppezanotti Video by : @hazmyahna Photo by : @badrulazhar_ Styled by : @nazlivingastyle Fabrics by : @jakel_shahalam . . . #ajl34 #ainaabdul #sumpahainaabdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Kata Aina, persembahannya hanya sebuah ekspresi seni yang  merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. Tambahnya perkara ini sudah maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram

“Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.”

Tambah Aina, semua orang mempunyai pendapat berbeza dan Aina tegaskan lagi Sumpah tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.

“Saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul. Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.”

Harap jangan lah orang ambil serius tentang persembahan ini, tidak ada sebarang unsur keganasan pun. Harap ramai tak salah anggap. Video tersebut bagaimanapun telah dipadam di Youtube rasmi TV3.

 

Baca : “Yang ni kau kata melampau, yang MUHAMMAD SAJJAD tu? – Netizen Menyampah Ada pihak ‘Sound’ Persembahan Aina Abdul Masa AJL34

Aina 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.