in

“Saya akan jadi PM satu atau dua tahun” – Tun M

Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya akan jadi PM satu atau dua tahun" - Tun M
Loading
/

Dengan pembebasan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, ramai tertanya-tanya apakah perubahan yang akan berlaku dalam pentadbiran negara? Seperti yang digembar-gemburkan ramai pihak, Anwar katanya akan terus mengambil alih tugas menjadi Perdana Menteri Malaysia sebaik sahaja dibebaskan. Betul ke?

Dalam sesi temu bual bersama The Wall Street Journal di pejabatnya semalam, Tun M menjawab beberapa soalan berkaitan Anwar dan Najib. Menurut Tun M, beliau akan memegang jawatan tertinggi negara itu buat masa ini.


“Pada peringkat awal mungkin (jadi PM) akan bertahan selama satu atau dua tahun dan terus mentadbir negara,” kata Tun M dalam temu bual tersebut.

Saa
sumber: wsj

Selain itu, Tun M juga ada memberitahu apa yang akan berlaku jika dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Jika saya turun dari jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan tetap memainkan peranan di belakang tabir.”

Dalam temu bual itu lagi, Tun M berkata Anwar akan menjadi seorang daripada empat pemimpin parti dalam Pakatan Harapan dan tidak akan diberi sebarang ‘kuasa istimewa’.

Selain itu, Tun M juga menjangka bahawa pertuduhan jenayah akan difailkan terhadap Najib tidak lama lagi susulan siasatan penyelewengan beratus-ratus juta dolar Amerika Syarikat daripada sebuah dana pelaburan negara.

Haldh
sumber: wsj

Apabila ditanya jika beliau akan menawarkan pembebasan kepada Najib dalam usaha untuk mendapatkan kembali wang yang hilang, sedikit sahaja jawapan diberikan Tun.

“Tak akan ada sebarang rundingan.”

“Semuanya bergantung pada siasatan yang sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat kes terhadap beliau (Najib) atau tidak. Sekiranya tiada kes terhadap beliau, kami tidak akan mengambil tindakan menahan tanpa perbi­caraan.”

Semoga siasatan akan dapat dilakukan dengan segera dan keadilan ditegakkan!

Tonton video temu bual Tun M dengan The Wall Street Journal kat bawah ni:

Sumber: WSJ

Baca: Baru 6 Hari, Tun M Dah Buat 10 Perkara Ni

S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.