in

“Sampai trauma budak tu” – 3 Kali Rogol Anak Tiri 14 Tahun, Lelaki Ini Sedang Diburu

Bapatiri4

Geleng kepala admin bila scroll Twitter tadi ternampak posting ni, macam mana lah manusia berperangai binatang ni boleh wujud.

Tergamak melakukan perkara terkutuk tu kepada anak tiri sendiri, memang patutlah dia sekarang diburu, tapi boleh pula bagi respon yang buatkan orang makin panas bila dihubungi. Nak tahu apa, baca perkongsian Muzhaffar ni.

 

Dah la kau rogol tu anak ‘abang’ aku. 3 kali dah kau buat kerja sampai trauma budak tu.

Bapatiri
Sumber : twitter

Menurut Muzhaffar, ‘abang’ yang dimaksudkan itu merujuk kepada rakan rapatnya yang telah bercerai, mereka mempunyai seorang anak yang berumur dalam lingkungan 14 tahun.

Bekas isterinya dah berkahwin lain, jadi suami baru itu pernah merogol anak tirinya sebanyak 3 kali sehingga remaja itu trauma.

“Binatang betul si c*laka ni. Bapa tiri perangai syaitan rogol anak tiri bawah umur. Dh la kau rogol tu anak ‘abang’ aku. 3 kali dh kau buat kerja sampai trauma budak tu. Pandai pula nak lari lepas aku pergi gegar rumah semalam. Siapa ada maklumat pasal c*laka ni sila beritahu aku”

Tambahnya lagi, dia sudah cuba hubungi lelaki itu berkali-kali namun seringkali berdalih apabila diajak jumpa. Malah, ketika tiba dirumahnya dia sempat melarikan diri.

 

Bila aku voice note, dia text cakap….

Bapatiri2

Malah ketika dihubungi melalui mesej, boleh pula dia tempelak balik lelaki ini. Panas je bila baca ni..siap dah kena cabar untuk bersemuka bawa rakan lagi dia elak.

“Aku call duk pusing², lipak cakap duk bukit payong, kejap naik lori laa. Pastu dengar bunyi pantai, dengar bunyi kawan² dia. Aku suruh bawa member² dia 20 org lebih jumpa aku sorang pun tak berani lagi. Goyang dh ke walau nk slow talk.”

“Bila aku voice note dia text cakap jangan ganggu urusan keluarga dia. Celaka punya binatang, kau rogol anak ‘abang’ aku sial. B*bi punya manusia.”

Kes ini sudah pun dilaporkan kepada pihak polis, tapi mereka ada prosedur sendiri. Jadi, pihak polis sarankan agar ‘kutip’ untuk dapatkan si durjana ini sebelum dia lari.

“Sekarang ni polis suruh pergi ‘kutip’ dia baru pergi hantar balai. Polis dah datang hospital semalam dah ambil statement dari anak ‘abang’ aku. Masalahnya skrg kat mana dia menyorok. Roger ‘adik beradik’ pun masih mencari juga. Lambat sikit je semalam.”

“Aku ni dah la baru balik dari pulau semalam, smpai je rumah dapat khabar ‘abang’ aku dah bising dalam grup whatsapp minta tolong teman dia gi jumpa c*laka tu. Sampai je rumah bekas bini ‘abang’ aku, sempat pulak c*laka ni lari”

 

Bukan nak salahkan polis sebab lambat buat kerja tapi aku faham dieorg ada prosedur, tapi…

Bapatiri3

Kali terakhir dia dilihat sedang memakai baju berwarna merah sambil menunggang motosikal yang berwarna kuning dan merah.

“Skrg ni ada kat kuala ganu lagi, badan pun masih penat. Ada kenalan yg baik bagi duk homestay dia semalam buat tempat berehat. Alhamdulillah. Tak kira hari ni kena cari sampai lubang cacing sebelum dia pergi jauh lagi.”

“Aku bukan nak salahkan polis sebab lambat buat kerja tapi aku faham dieorg ada prosedur, tapi tentu dah dalam masa beberapa jam ni dia akan lari lebih jauh atau menyorok dalam hutan mana.”

“Maklumat semalam dia keluar pakai baju merah, naik motor jenama sym (nombor plate tak ingat), motor warna kuning merah. Kerja di Bernas Era Chendering. Tinggal di Kampung Gong Tok Nasek sebelum melarikan diri, asal org Batu 10 Bukit Payong.”

Alahai, kenapa lah wujud manusia sebegini kalau dapat lari pun balasan tu pasti ada. 

 

Baca: Bapa Tiri Rogol Anak Sejak Usia 10 Tahun Sampai Si Gadis Jadi Ketagih Seks

Ketagihseks