in

Safiey Ilias Bakal Berdepan Hukuman Penjara, Tak Hadir Mahkamah Isu Produk Kosmetik Langgar Garis Panduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba usahawan kosmetik, Safiey Ilias, 26 dikhabarkan bakal berdepan hukuman penjara babitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Menurut Harian Metro, waran tangkap telah dikeluarkan kepada Safiey lepas 2 kali gagal hadir ke prosiding yang dijalankan.

Ketika dihubungi, Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Ilias tidak mahu mengulas lanjut berkenaan hal tersebut.

“Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.

“Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.

“Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.

“Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya,” katanya.

 

Produk tak ikut garis panduan KKM? 

Bila tanya sama ada produknya tidak ikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata produk itu bukan untuk dipasarkan.

Katanya lagi ia merupakan ‘tester’ yang diberikan kepada peminat dan tidak dijual ataupun dipromosikan langsung di laman sosialnya.

“Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.

“Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan prosedur sebelum produk dijual,” katanya.

Safiey difahamkan perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Isnin ini bagi mendengar keputusan kes tersebut.

Haih macam-macam ye. 

Baca: “Ujian itu marketing yg Allah bg secara tiba2 tanpa dirancang” – Safiey Illias Redha Dikecam Gara-gara Pipi Bernanah

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Projek MM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.