in

“Rafah? Siapa tu?” – Ning Baizura Terpinga Bila Ada Netizen Laung Sokongan Terhadap Palestin

Ft Ning Rafah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Ning Baizura kini sedang menjadi perhatian ramai apabila rakaman video live daripada Instagram miliknya kini sedang tular di platform X.


Video tersebut telah mengundang kecaman hebat daripada warganet kerana tindakannya yang terpinga-pinga apabila membaca slogan ‘All eyes on Rafah’ yang ditulis oleh pengikutnya.

Artikel berkaitan : Caprice Diminta Ulas Isu Ning Baizura Pertahankan Golongan LGBTQ

Artikel berkaitan : “Yang bagus tak tunjuk” – Ning Baizura Jawab Isu ‘Nyanyi Sumbang’ Ketika Buat Persembahan

“All eyes on Rafah? Who’s that?

Dalam video tersebut dilihat Ning Baizura seperti melakukan sesi karaoke dan secara tiba-tiba ada netizen menulis slogan tersebut di ruangan komen. Ning Baizura  dilihat seperti terpinga-pinga siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Rafah’ sebelum tersedar dan meminta maaf.

Ia telah mengundang kemarahan netizen sehingga ada yang label penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini sebagai ignorant.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempertikaikan kepekaannya terhadap isu Palestin ini kerana slogan dan berita mengenai ini terlalu banyak di media sosial.

Screenshot 2024 05 14 172730 Screenshot 2024 05 14 172806 Screenshot 2024 05 14 172841

Apapun, kita sama-sama doakan saudara kita di sana, jangan henti dan semoga zionist ini bakal dikenakan musibah yang tak terbayang oleh manusia.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.