in

“Yang bagus tak tunjuk” – Ning Baizura Jawab Isu ‘Nyanyi Sumbang’ Ketika Buat Persembahan

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi soprano negara, Ning Baizura ni kan? Walaupun sekarang dah jarang tengok dia perform di kaca TV, Ning masih lagi aktif membuat persembahan live untuk peminat-peminatnya tau.


Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di media sosial menunjukkan Ning Baizura menyanyikan lagu popularnya ‘Awan Yang Terpilu’ namun begitu, ramai netizen yang perasan persembahannya itu dah tak macam dulu?

https://www.facebook.com/100028297248740/videos/3291574034435186/

Beberapa netizen yang melihat video ini telah bertindak untuk mengecam dan mengkritik nyanyian Ning yang dilihat tercungap-cungap seperti tak cukup nafas.

Screenshot 2022 07 29 At 11.52.14 Am Down

Ekoran ini, menerusi temubual dengan Harian Metro, Ning menyifatkan tindakan individu yang menularkan video tersebut sebagai tidak munasabah dan hanya mahu menjatuhkan reputasinya.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert. Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak.

https://www.instagram.com/p/CgKLCSwJwZ4/

“Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir.

Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku.”

Ning turut kecewa kerana persembahannya yang baik tidak pula ditularkan seperti itu dan turut mengajak orang ramai untuk hadir sendiri ke persembanhannya untuk lihat sendiri nyanyiannya.

Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh. Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu.

“Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu.”

Betul cakap Ning tu, selain sebak, bila penat pun memang vokal boleh jadi tak ok. Orang yang suka karaoke macam min ni tahulah kan?

 

Baca: “Taulah sis dah kaya” – Ning Baizura Dikecam Lepas Tinggalkan Komen ‘Miskin’ Kat Video Budak Kampung?

Screenshot 2022 07 29 At 12.26.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.