in

Post Gambar Motor Hilang, Warga Twitter Bersatu Bagi Sumbangan Belikan Motor Baru

Derma Motor Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang zaman sekarang orang kita laju je nak viralkan semua benda kan? Kadang benda yang ditularkan tu memburukkan atau buka aib orang lain. Sebab tu ada yang pesan supaya kita gunakan kuasa viral tu untuk benda yang elok.


Contohnya macam ni lah. Baru-baru ni, seorang tweet-famous ada post dekat Twitter pasal kehilangan motosikal dia. Katanya motor yang baru dibeli dua bulan lepas tu hilang dekat Giant Batu Caves pada 18 September lalu.

Kalau orang famous mestilah apa yang dipost akan dapat banyak retweet kan? So, tweet Ad-Dien ni dapat sampai hampir 8,800 retweets.

Lagi sedih, motor tu hilang masa housemate dia pinjam. Katanya, housemate tu nak masuk Giant sekejap je, so dia just lock handle motor semata-mata.

Motor 1

Motor 2
sumber: twitter

Lepas tweet Ad-Dien jadi viral, seorang lagi tweet-famous dengan nama Injang Nation ambil inisiatif untuk sebarkan pasal kehilangan motor tu dan kumpulkan derma dari sesiapa yang sudi menggunakan projek dipanggil tabung #RM1INJANGNATION. Wah bagusnya!

Derma 1

Derma 2
sumber: twitter

Hasil derma yang dikumpulkan tu, Ad-Dien terima RM7,167 untuk digunakan beli motor yang baru! Bukan setakat tu je, siap ada yang derma untuk buat duit minyak lagi tau.

Sebenarnya jumlah sumbangan warga Twitter adalah RM8,097 dan lepas dah bagi dekat Ad-Dien, masih ada berbaki RM935.33. Menurut Injang Nation, baki tu dia cadangkan untuk carry forward kalau ada projek lain di bawah tabung #RM1INJANGNATION yang dia tubuhkan tu.

Baki Derma
sumber: twitter

#RM1INJANGNATION ditubuhkan untuk memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk demi meringankan beban mereka yang memerlukan. Bagus inisiatif ni!

Ini baru namanya guna kuasa viral untuk benda yang elok! Cayalah! Moga korang yang derma tu dimurahkan rezeki 10 kali ganda!

Baca: Warga Emas Tolong Lelaki Tak Cukup Duit Dengan Cara ‘Halus’ Ni Jadi Inspirasi

Pakcik Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.