in

“Polis tak bagi saya masuk!” – Wanita Kecewa Balai Polis Tidak Membantunya Ketika Dikejar Penjenayah

B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Polis tak bagi saya masuk!" - Wanita Kecewa Balai Polis Tidak Membantunya Ketika Dikejar Penjenayah
Loading
/

Malam semalam telah tular dua video menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook mengenai seorang wanita yang berkongsi kisah traumanya dikejar oleh sekumpulan pembuli jalan raya.


Dalam salah satu video tersebut, seorang wanita bernama Kogee Sinniah dilihat dalam keadaan terkejut dan menangis menceritakan semula apa yang menimpa dirinya. Menurut Kogee, pada malam kejadian itu, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta selepas mengambil anaknya daripada sesi latihan sekitar jam 10 malam.

Pada ketika itulah dia mula sedar bahawa sebuah BMW dengan sekumpulan remaja lelaki di dalamnya sedang mengekori kenderaan Kogee yang membuatkan mangsa berasa tidak senang hati.

Sumber: Facebook

Kogee kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis dan menjelas situasi yang berlaku kerana dia tidak tahu apakah niat pemandu BMW tersebut mengekorinya. Selepas menelefon pihak berkuasa, dia kemudian memandu terus ke balai polis yang terdekat dan tidak pulang ke rumah dulu.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke sana, Kogee terpaksa berhenti di tengah jalan dan mendakwa kereta BMW tadi telah ‘menghalang’ perjalanannya. Dia kemudian menekan hon selama lima minit tanpa henti dengan harapan untuk meminta bantuan orang ramai dan balai polis berdekatan. Namun sedihnya, tak ada siapa datang menolong! Seriuss ah??

Selepas tindakannya itu, pemandu BMW berkenaan meninggalkan Kogee dan dia terus memandu ke balai polis untuk membuat laporan.

Sebaik tiba di sana, Kogee sangat terkejut apabila pegawai yang bertugas menyoal sama ada dia yang membunyikan hon sebentar tadi dan tidak membenarkan mangsa masuk ke perkarangan balai polis. Eh biar betul ni?

“Saya turunkan tingkap kereta dan beritahu apa yang terjadi. Dia (polis) tak benarkan saya masuk. Saya terpaksa telefon semula 999 dan mereka berhubung dengan pegawai polis di balai tersebut. Polis (di telefon) itu bertanya, kenapa pegawai di sana tak benarkan saya masuk ke dalam balai.”

Saya dalam kereta dengan anak lelaki saya dan ada sekumpulan lelaki ni sedang mengekori kami. Saya perlukan bantuan dan polis tak bagi saya masuk ke dalam.” 

Msian Woman Claims Police Didnt Help Protect Her From Road Bully Heres What Happened World Of Buzz 3
sumber: facebook

Namun selepas itu, BMW yang mengganggunya datang ke balai polis dan kumpulan lelaki tadi bercakap dengan polis yang berhubung dengan Kogee. Kogee kemudian mendakwa, pegawai polis yang terbabit menyalahkannya atas apa yang berlaku.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai polis lain pula menemui Kogee dan memarahinya serta memberitahu supaya untuk “bercakap elok-elok” dengan mereka. Kogee yang masih trauma berkata,

Saya sangat terkejut. Saya datang ke balai polis untuk meminta bantuan, tapi mereka tak beri saya masuk. Tak pernah dalam hidup saya rasa tak selamat macam ni.” 

Namun syukurlah perkara tersebut dah berlalu dan Kogee pun selamat pulang ke rumah bersama anaknya. Dia kemudian menjelaskan bahawa kejadian itu telah berlaku di Balai Polis Damai dan dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Maluri Cheras berkaitan hal itu.

Msian Woman Claims Police Didnt Help Protect Her From Road Bully Heres What Happened World Of Buzz
sumber: wob

Kogee kemudian memuat naik video kedua dan memberitahu pihak polis telah menghubunginya serta bertanya kenapa dia tidak membuat laporan polis. Mangsa kemudian menjelaskan bahawa dia berasa tidak selamat untuk membuat laporan di sana.

Pegawai yang menghubunginya itu kemudian menjelaskan bahawa sebab kenapa dia diekori kumpulan lelaki daripada kereta BMW itu adalah kerana dia dikatakan ‘makan jalan’. Namun jika benar dia bersalah, hal ini berlaku kerana jalan di situ sangat gelap, dalam pembinaan dan dia mungkin telah termakan jalan orang lain. 

“Mungkin benar saya salah tapi saya tak langgar kereta mereka. Saya mungkin menghalang perjalanan mereka. Jadi kalau mereka rasa saya mengganggu, mereka boleh saja buat laporan polis dari mengekori saya macam tu,” kata Kogee.

Sumber: Facebook 

Pun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tiga individu berusia 18 tahun yang terlibat dalam kejadian itu kini dalam siasatan polis, lapor The Star. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Commmazlan130318
sumber: the star

Menurut Mazlan, Kogee tidak perlu rasa takut kerana dia sudah berada di balai polis dan jika pegawai polis yang terbabit tidak melakukan tugasnya dengan baik, tindakan lanjut akan diambil ke atasnya. Dia juga menjelaskan kemungkinan ada salah faham di antara Kogee dan pihak polis sehingga menyebabkan perkara tersebut berlaku.

“Apabila pengawal mendekati kereta yang mengekori mangsa, dia meminta mereka mengikut peraturan dan tidak mengganggu wanita itu. Mereka kemudian meninggalkan balai selepas pengawal menyuruh mereka membuat laporan polis jika mereka tidak gembira dengan situasi itu.” 

Semoga isu ini berjaya diselesaikan dengan baik. Syukurlah tak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku pada mangsa. 

Baca: “Ini namanya nak publisiti murahan.” – Wanita Dakwa Dibuli 4 Kereta Dikecam Netizen 

Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.