in

“Perempuan dilahirkan supaya org lain boleh makan”- Bapa Tergamak Kahwinkan Anak 12 Tahun Dengan 2 Lelaki Dalam Sebulan

Featured 14

Seorang bapa tergamak memaksa anak kecilnya yang berusia 12 tahun untuk berkahwin dengan 2 orang lelaki tua masing-masing berusia 35 dan 51 tahun dalam masa sebulan dalam kejadian di Kenya.

Menurut mangsa, si bapa turut melakukan perkara yang sama terhadap kakaknya, lapor mStar.

Dilaporkan lelaki yang berusia 51 tahun yang ingin dikahwinkan dengan kanak-kanak itu menawarkan empat ekor lembu sebagai mas kahwin sekiranya mangsa setuju jadi isteri keduanya.

Mangsa bagaimanapun enggan berkahwin dengan lelaki tersebut sebelum dia dipukul sepupu lelakinya dan dikatakan sebagai tidak menghormati keluarga.

Perempuan dilahirkan supaya orang lain boleh makan. Semua yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan mas kahwin.”– Bapa

Kanak-kanak itu akhirnya berkahwin dengan lelaki 51 tahun tersebut sebelum berjaya larikan diri 2 minggu kemudian dan diselamatkan Duta Keamanan Narok, Joshua Kaputa.

97023151 1496017473935627 1614518287201206272 N

Dipercayai bapa mangsa yang merupakan suku Maasai dari Narok County, Kenya dan suami kanak-kanak itu kini sedang diburu polis.

Menurut sumber, kemiskinan dan penutupan sekolah akibat Covid-19 menyebabkan semakin banyak kes perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak di negara itu.

 

Baca : Family paksa teruskan majlis; Pengantin Lelaki Mati 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Baca 14

Sumber: facebook