in

Peguam Gesa Jamal Ke Balai Polis

Jamalyunos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam tentang berita Jamal Yunos, 48, menghilangkan diri dari tahanan pihak polis. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah meninggalkan hospital semasa proses dokumentasi untuk ikat jamin.


Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa peguam Jamal menggesa anak guamnya itu hadir di balai polis dan membantu menyempurnakan proses ikat jamin.

57Ffbac59Ef374A77A975D03B9E3Debc
sumber: yahoo!

Peguam Mohd Imran Thamrin berkata kehilangan Jamal dari wad hospitalnya semalam tidak disengajakan dan mungkin disebabkan oleh sedikit ‘silap komunikasi’ berhubung prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah.

“Saya percaya mungkin berlaku sedikit “miscommunication” dan anak guam kami beranggapan proses ikat jamin tersebut telah sempurna.

“Ini adalah pengalaman pertama beliau dalam menghadapi situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah.”

Imran juga mengesahkan, anak guamnya itu telah hilang dari wad hospitalnya kira-kira jam 3.30 petang semalam sebelum proses ikat jamin selesai serta mendakwa anak guamnya tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah lain.

Jamal 2
sumber: malaysiakini

“Saya juga percaya, ini adalah kes kekhilafan tanpa sebarang niat melakukan apa-apa jenayah termasuk niat untuk lari dari tahanan.

“Saya khuatir beliau dalam keadaan trauma atau tekanan kerana situasi dan keadaan ini adalah sesuatu yang baru untuk beliau.”

Jamal didakwa menghilangkan diri kira-kira jam 3 petang dan hanya disedari pada jam 5.30 petang oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu. Dia dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Hurmmm, mungkin dia balik rumah nak buka puasa #husnuzon

Baca: Jamal Yunos Larikan Diri Dari Tahanan Polis

Jamal Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.