in

“Padan muka!” – [VIDEO] Peragut Kecundang Dikejar & Dirempuh Mangsa

Untitled Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang akan anda lakukan, bila berdepan detik mencemaskan diragut ketika berada di dalam kenderaan sendiri? Tentu bercampur baur perasaan panik dan takut ketika itu.


Tapi lain ceritanya bagi seorang wanita ini, yang nekad mengejar semula dan merempuh motosikal dinaiki peragut yang memecahkan cermin keretanya dalam satu kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Axia dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal ketika berhenti di lampu isyarat susur keluar bulatan Hillview, Hulu Kelang.

Lelaki berkenaan kemudian secara tiba-tiba memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan sebelah kiri mangsa dan melarikan beg galas miliknya — sebelum mangsa bertindak mengejar dan merempuh motosikal suspek di sebuah simpang.

Orang awam yang berada di tempat kejadian turut membantu menahan suspek, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Malah kejadian itu juga sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial.

Mengikut siasatan polis, kedua-dua suspek itu rupanya turut didapati terbabit dalam dua kes samun berbeza pada hari yang sama di sekitar kawasan Ampang.

 

Baca: [VIDEO] Pemandu Hentikan Bas Mengejut Semata-mata Nak Selamatkan Warga Emas Yang Bergelut Dengan Peragut

Ii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.