in

“Nuklear yang diguna ke atas Hiroshima tu yang paling cikai” – Perbandingan Letupan Hiroshima Lebih Teruk Berbanding Beirut

Nuklear

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes letupan di Beirut baru-baru ini, ramai yang menyamakan ia dengan kes letupan di Hiroshima pada zaman perang dunia kedua dulu,, tahun 1945. Ia disamakan kerana semalam merupakan genap 75 tahun insiden ini terjadi, beberapa hari lepas kejadian di Beirut.


Namun begitu, bagi Ayman Rashdan Wong, kejadian letupan di Beirut ini sebenarnya terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan Hiroshima. Ayman juga ada kongsikan sebesar mana letupan di bandar negara matahari terbit itu serta punca dan tujuan ia dibuat.

 

Hanya gunakan bom nuklear yang ‘cikai’

Katanya bom nuklear yang digunakan ke atas Hiroshima itu hanyalah bom atom, iaitu bom yang paling biasa jika dibandingkan dengan bahan nuklear lain pada waktu sekarang.

Bom nuklear yang ada sekarang ini kebanyakannya adalah bom hidrogen yang kuasanya 1,000 kali ganda. Bayangkan bom cikai dah boleh buatkan satu bandar musnah apatah lagi bom yang beribu kali ganda kuasanya ni.

Kalau nak tahu betapa kecilnya letupan di Beirut dan Hiroshima ni, baca penjelasannya.

Sebagai perbandingan, kekuatan letupan Beirut tu cuma 2 kiloton TNT. Bom Hiroshima 15 kiloton TNT. Manakala H-bomb paling power yang dimiliki US sekarang iaitu B53 boleh hasilkan kekuatan 9000 kiloton.”

Eeu62Upu4Aa6C6L

 

Tujuan : Tamatkan WW2

Senjata nuklear dicipta dengan tujuan untuk menamatkan Perang Dunia Kedua (WW2). Waktu tu pakatan US-USSR-UK lawan Jerman-Jepun-Itali. Jerman dan Itali dah surrender, tapi Jepun masih bertahan.

USSR – Union of Soviet Socialist Republics.

Selepas bom ini dilepaskan, Jepun akhirnya mengalah selepas 6 hari.

US nak paksa Jepun surrender dengan meletupkan bom “Little Boy” di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan “Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos. 140,000 daripada 350,000 populasi Hiroshima terkorban. Manakala di Nagasaki, 74,000 daripada 270,000.”

Eeu6Yf2Ueaapnej

Dari mata kasar, US melakukan satu tindakan kejam kepada mereka. Namun begitu, ia terpaksa dilakukan kerana Jepun dikatakan ‘keras kepala, susah nak surrender dalam perang dunia kedua ini.

Dalam Battle of Okinawa (April-Jun 1945) saja, hampir 13,000 askar US dan 150,000 rakyat Jepun di Okinawa terkorban sebab askar Jepun lebih rela mati melawan dari surrender.”

Eeu3Luuu4Aegaqt

Malah, Jepun memang dah melatih orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak untuk lawan askar US sekiranya mendarat di Jepun.

 

US anggarkan 1 juta askar US akan maut, Jepun pun kata diorang bersedia untuk korbankan 100 juta orang. Gila”

Eeu3Wpjuyaildy5 Eeu3Zzkuyaixf7C

Dari mengorbankan berjuta-juta nyawa dengan mendarat di Jepun, US capai quick win dengan mengorbankan 200,000 orang menerusi bom nuklear.

 

Bagaimanapun, kebanyakan Jepun tak berdendam dengan US sebab…

Jepun mungkin akan berpecah seperti Korea, kalau bukan ada bom atom US, mungkin sekarang akan ada Jepun Utara dan Jepun Selatan.

Menurut sumber, majoriti orang Jepun tidak berdendam dengan US kerana insiden yang terjadi di Hiroshima dan Nagasaki itu juga telah menginsafi tindakan mereka semasa WW2.

Dirumuskan bahawa tujuan nuklear ini dilakukan adalah untuk menghalang peperangan sebab negara-negara pemilik senjata nuklear takut nak berperang sesama lain sebab ia akan membawa kemusnahan yang dahsyat.

“Sebab kalau tiada senjata nuklear, politik antarabangsa akan kembali kepada zaman pra-1945 di mana kuasa2 besar akan berperang pakai conventional weapons. Tapi dengan senjata nuklear, tak kira US-Russia atau US-China tension macam mana pun, diorang sekadar berperang dingin saja.”

Jadi senjata nuklear sekarang dah kira macam “necessary evil” demi “greater good” kestabilan politik antarabangsa. Walaupun kewujudan senjata nuklear membawa kemusnahan, tapi kewujudannya juga menghalang kemusnahan.

 

Baca : “Ingat bunga tu ganti awan” – Kisah Realiti Sebenar Kartun Spongebob Yang Ramai Orang Tak Tahu

Spongebob

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.