in

Nintendo America Dikecam Sebab Pilih Chris Pratt Bawakan Watak Mario Dalam Filem Animasi Terbaru

Chris Pratt Mario Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak syarikat pengeluar permainan video terkemuka dari Jepun, Nintendo America baru-baru ini telah mendapat kecaman hebat daripada peminat permainan Super Mario selepas mengumumkan barisan pelakon alih suara yang bakal membawakan watak-watak dalam filem animasi terbaru syarikat berkenaan.


Seperti yang diketahui ramai, Mario merupakan watak ikonik dalam permainan video dan terkenal sebagai ‘tukang paip’ yang berasal dari Itali.

Jika korang perasan, suara Mario ini sangat ikonik sehinggakan ianya boleh dikenali oleh sesiapa sahaja seluruh dunia. Sejak tahun 1990, suara dalam siri permainan video ini dibawakan oleh Charles Martinet.

Martinet Mario Original Actor

Disebabkan itu, apabila senarai pelakon yang bakal meminjamkan suara mereka kepada filem animasi terbaru Super Mario Bros. di dedahkan kepada umum, ramai peminat setia siri berkenaan telah menyelar tindakan Nintendo America tersebut.

“Kenapa perlu ambil pelakon terkenal?”

Rata-rata menyelar tindakan syarikat terbabit yang menamakan pelakon Chris Pratt yang pernah terlibat dalam siri Avengers dan juga Jurrasic World untuk membawakan watak utama iaitu Mario namun dalam masa yang sama turut akan menampilkan Charles Martinet yang dipanggil sebagai cameo sahaja.

Chris Pratt Mario

Ramai berpendapat, pihak Nintendo telah ‘merompak’ watak tersebut dari Martinet yang telah sekian lama membawakan watak berkenaan dan menggantikan dengan Pratt.

Namun, ada juga segelintir yang telah mempertahankan tindakan Nintendo tersebut dengan alasan mungkin mendengar suara Mario dari Martinet untuk tempoh yang lama akan menimbulkan perasaan menjengkelkan.

Dalam masa yang sama, ramai peminat setia siri permainan video ini ingin memboikot filem animasi tersebut dan berharap pihak Nintendo akan megubah keputusan mereka sama seperti apa yang terjadi kepada filem animasi Sonic sebelum ini.

Difahamkan, filem animasi terbaru Super Mario Bros. ini bakal ditayangkan pada 21/12/2022 di pawagam Amerika, namun tiada pengumuman tarikh tayangan untuk pasaran negara luar.

Ada yang masih ‘fobia’ tengok Chris Pratt jadi Starlord kot…

Baca : 7 Orang Pelakon Ini Rupanya Hampir Pegang Watak Utama Dalam Siri Filem Marvel. Nombor 7 Paling Tak Sangka!

Fi Marvell

Sumber: Nintendolife
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.