in

7 Orang Pelakon Ini Rupanya Hampir Pegang Watak Utama Dalam Siri Filem Marvel. Nombor 7 Paling Tak Sangka!

Fi Marvell

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini kaki tengok movie dan suka gila dengan cerita-cerita superhero daripada Marvel?


Mana yang betul layan tu korang mesti tahukan, filem-filem superhero ni menggunakan bajet besar untuk dapatkan kualiti terbaik. Iyalah untuk teknik CGI nya, props lagi dan macam-macam lagilah yang pasti menelan belanja cukup besar.

Selain itu, pelakon juga bagi impak besar untuk hidupkan sesebuah watak tersebut. Bajet dah besar, mesti kena manfaatkan betul-betul. Justeru tak hairanlah kalau pelakon utama untuk sesebuah filem tu berubah dari planning asal, supaya mereka yang terpilih dapat membawa watak dengan cukup baik.

Jadinya untuk list kali ini, min nak kongsikan tentang 7 orang pelakon popular yang sebenarnya hampir-hampir dipilih sebagai pelakon utama bagi filem keluaran Marvel.

 

1. Sam Rockwell

Marvel 1

Siapa sangka pelakon berusia 52 tahun ini pernah melalui sesi ujibakat untuk watak ikonik Tony Stark, namun Sam tidak berjaya untuk mendapatkan watak paling popular dalam siri filem Avengers itu.

Walau bagaimanapun, dia terpilih untuk menjayakan watak antagonis Justin Hammer, dalam filem Iron Man 2.

 

2. John Krasinski 

Marvel 2

John Krasinski sangat terkenal dengan lakonannya melalui filem A Quiet Place dan dia juga sebenarnya pernah datang ke uji bakat Marvel bagi watak Steve Rogers atau Captain America.

Macam mana pun, dia tak berjaya dan watak tersebut diberikan kepada Chris Evans dan menjayakannya hinggalah ke siri Avengers : Endgame.

 

3. Tom Hiddleston

Marvel 3

Haa antara favourite aktor min ni, mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya Tom Hiddleston pernah dipelawa untuk hadir ke audition bagi watak Thor ‘God of Thunder’ tapi malangnya dia tak terpilih.

Sebaliknya, dia diberi peluang membawa watak Loki iaitu adik kepada Thor yang juga musuh kepadanya. Memang pilihan yang betul bagi watak antagonis dalam siri Avenger!

 

4. Emily Blunt 

Marvel 8

Aktres jelita ini merupakan pilihan pertama oleh pengarah Iron Man Jon Favreau untuk membawa watak Black Widow. Tapi sayang ~, Emily terpaksa melepaskan tawaran itu disebabkan komitmennya yang terikat dengan penggambaran filem Gulliver’s Travels waktu itu. Kalau Emily jadi Black Widow pun best jugak ni.

 

5. Timothée Chalamet

Marvel 5

Antara pelakon muda yang cepat menempa nama dalam dunia lakonan. Timothée Chalamet mula terkenal melalui lakonannya dalam filem Call Me By Your Name. Dia ni juga sebenarnya pernah hadir ke sesi uji bakat bagi watak Spider-Man.

Tapi selepas dia baca skrip watak tersebut, dia jadi panik dan terus call ejennya lalu menolak untuk meneruskan watak Spider-Man itu sebab tak sedia nak teruskan ke proses seterusnya. Spiderman kot, sapa je tak gentar.

 

6. Sebastian Stan

Marvel 6

Ini pun antara nama yang dah cukup sinonim dalam Marvel Universe. Sebastian Stan juga pada mulanya hadir audition untuk watak utama dalam siri Avengers iaitu Captain America tapi dia dikatakan tak cukup sesuai untuk watak berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia mendapat kepercayaan untuk membawa watak jahat dalam siri filem Captain America itu sendiri sebagai Bucky Barnes atau lebih dikenali sebagai Winter Soldier. Ternyata Sebastian tak menghampakan dan pilihan yang cukup bijak oleh Marvel!

 

7. Jason Momoa 

Marvel 7

Akhir sekali dalam list kali ini, kalau korang peminat cerita superhero tapi tak kenal mamat ni memang tak tahu nak cakap apalah.

Jason Momoa cukup sinonim dengan watak Aquaman, filem di bawah syarikat DC Extended Universe (DCEU) yang juga merupakan saingan terkuat Marvel Universe sepanjang zaman.

Namun siapa sangka, rupanya Jason juga pernah hampir sertai Marvel Universe apabila dipilih menjayakan watak Drax tetapi dia menolak sebab pernah menjayakan watak yang lebih kurang sama menerusi siri Stargate: Atlantis.

Mesti ada yang terkejut dengan nama-nama besar yang terdapat dalam list min share ni kan. Cuba korang bayangkan kalau watak-watak besar macam Iron Man atau Captain America tu dibawa oleh orang lain, agak2 still best tak? 

 

Baca : “Buat comeback besar-besaran” – Peminat Teruja! Marvel Umum Tayangan 10 Filem Hingga Tahun 2023

Foot Marvel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.