in

“Tolong hantar dia pergi art college!” – Cantik Gila Lukisan Adik Darjah 6 Ni!

Budak Creative

Setiap orang ada bakat terpendam masing-masing. Kebanyakkannya akan serlahkan talent tu bila umur dah meningkat dewasa sebab tak tahu macam mana nak ketengahkan bakat yang ada. Tapi seorang murid baru-baru dapat pujian ramai netizen lepas bakat terpendam yang dia miliki jadi viral di Twitter.

Viral
sumber: twitter

 

Punyai bakat dalam melukis

Menurut posting, murid tu dikatakan dari kelas terakhir di sekolah. Meskipun akademiknya tidak sepandai murid yang lain tapi dia punyai bakat yang luar biasa dalam melukis. Memang berseni tangan adik ni!

Dengan hanya tonton kartun di tv, video dan media lain, adik ini mampu melukis karakter-karakter animasi dengan perfect! Sekali tengok boleh kata macam kerja orang dewasa yang berpengalaman!

Lukis 1

Lukis 5 1

 

Suka lukis kartun kegemaran

Adik ni selalu asah bakat terpendam yang dia ada tu dengan melukis gambar kartun-kartun kegemaran dia macam Doraemon, Naruto, Goku, Mario and macam-macam lagi lah! Bukan tu je, ada antara lukisan dia yang nampak macam style komik! Tengok la ni…..

Lukis 2

Lukis 3

 

Cipta karakter animasi sendiri

Bukan setakat lukis kartun favorite, adik ni siap boleh imagine and cipta sendiri karakter animasi sebelum dia gambarkan dengan lukisan dalam buku. Malah, kawan dia kata, ada lagi banyak buku-buku lukisan dia dari tahun sebelum ni…

Lukis 4

Lukis 6

Lukis 7

Lukis 8

 

Netizen kagum, doakan yang terbaik!

Puji 1  Puji 3 Puji 4Puji 2

Puji 5
sumber: twitter

Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Macam adik ni, mungkin dia ketinggalan dalam pelajaran dan duduk dalam kelas terakhir. Tapi sekurang-kurangnya, sekarang ramai dah tahu dia ada bakat lain yang menarik!

Siapa tahu nanti ada yang berminat dengan hasil kerja dia dan nak tunjuk dekat exhibition ke.. Haa takde yang mustahil kan! Lobak Merah doakan yang terbaik untuk adik ni, moga masa depan cerah!

Baca: Kanak-Kanak Autistik Digelar ‘Pelukis Paling Teruk’ dan ‘Tiada Potensi’ Oleh Guru, Tapi Kini…

A 2