in

“Mulianya hati dia” – Tukang Cuci Tolak Ganjaran Wang Tunai, Pilih Solat Di Hijr Ismail

Untitled Collage 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertuahnya seorang hamba Allah ni! Kerjanya hanya sebagai tukang cuci di Masjidil Haram, tapi lihatlah bagaimana darjatnya diangkat — apabila sekeping gambarnya menunaikan solat di kawasan Hijr Ismail, tular semula di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Kisah tukang cuci ini pada mulanya dimuatnaik oleh seorang pendakwah terkenal dari Kanada, Dr. Bilal Philips pada Mac 2014.

Namun ia kembali tular selepas seorang pengguna media sosial @undersubscribed memuatnaik semula gambar itu di laman Twitternya.

Hijr

Menerusi kisah yang dikongsikan, tukang cuci dari Pakistan itu dipilih sebagai pekerja terbaik bulanan dan sewaktu diberikan ganjaran wang tunai — beliau menolaknya dengan baik, lantas meminta agar dibenarkan menunaikan solat di ruangan Hijr Ismail.

Dan permintaan tersebut, dengan izin Allah dikabulkan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Lebih istimewa, sekitar kawasan itu juga telah ditutup dan dikhaskan hanya untuk beliau menunaikan solat di situ sendirian tanpa diganggu jemaah lain.

Beruntungnya!

Hijr2

Gambar tersebut nyata mengundang sebak pengguna media sosial.

Namun mungkin ada dalam kalangan kita, yang kurang mengetahui atau kurang didedahkan mengenai kelebihan menunaikan solat dan berdoa di ruangan Hijr Ismail ni.

Sebenarnya, Hijr Ismail asalnya merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim AS ketika Baginda mendirikan Baitullah dahulu.

Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis riwayat Ahmad & Abu Daud, turut menyebut Hijr Ismail sebagai sebahagian daripada Kaabah — dan ia merupakan antara tempat mustajab untuk berdoa, terutama di bawah pancuran emas.

Jadi, tak hairanlah jemaah sentiasa berebut-rebut untuk masuk ke Hijr Ismail.

Hijr3

Apapun, semoga kisah tukang cuci ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar kepada kita semua — bahawa ada yang lebih bernilai dan berharga daripada wang ringgit.

Ternyata, wang bukanlah segala-galanya.

 

Baca: “Bukan 10, 20 tahun baru tukar” – Rahsia ‘Kiswah Kaabah’ Bernilai Jutaan Ringgit Yang Ramai Tak Tahu

Kaabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.