Mungkin ramai yang tak kenal Hairul Ejay tapi dalam kalangan pemain industri hiburan tanah air, nama Ejay tidak asing lagi khususnya dalam kalangan pelakon.
Namun, Ejay kini tidak lagi aktif sebagai Make Up Artist selepas dia disahkan menghidap Tibi sejak 2018.
Berkongsi kepada Lobak Merah, Ejay berkata dia sudah berkecimpung sebagai MUA selama 13 tahun namun sejak disahkan menghidap penyakit Tibi, dia sudah berhenti dah kini sudah 2 tahun tak bekerja.

Bila check mula-mula doktor kata penyakit Tibi lepas tu Ejay disahkan ada ketumbuhan kat kepala (barah) tapi Ejay tak tau stage berapa sebab dah stop pergi hospital, duit tak ada”
Lebih menyedihkan, Ejay juga kini mengalami Hyperthyroid dan sudah dijangkiti kuman Tibi.
Kini dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat yang disediakan hospital.
Katanya sejak dia berhenti kerja sebagai MUA, adiknya merupakan tempat dia bergantung namun adiknya bukan orang senang sebelum akhirnya dia membuat keputusan berhenti ulang-alik ke hospital disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.
“Hampir 2 tahun Ejay tak kerja, mak dah tak ada, ayah dgn life dia lah, jadi Ejay terpaksa bergantung dgn adik tapi adik bukan dr keluarga senang”
“Sekarang ejay masih dptkan rawatan hospital ampang, hkl cuma ejay dah tak selalu pergi hospital sebab tak ade duit, kos pengangkutan, semua perlukan duit”
Dibawah merupakan keadaan terkini Ejay yang dikongsikan bersama Lobak Merah



Kepada anda diluar sana yang ingin menyumbang, boleh hantar terus sumbangan anda ke akaun Maybank Mohd Hairul Nizam B. Amaran, 164052287260.
Semoga sumbangan anda semua dapat meringankan beban Ejay, dan kepada Ejay, kami di Lobak Merah mendoakan semoga cepat sembuh!