in

“Muka pun nampak jahat” – Gadis Akhirnya Buka Mulut Lepas 14 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Angkat

Collage 3

Mengecewakan bila setiap hari ada je berita pasal kanak-kanak yang ditindas dan dirogol oleh ahli keluarga sendiri.

Seorang wanita berusia 27 tahun akhirnya beranikan diri untuk membuat laporan polis selepas dia dah tak tahan dirogol dengan bapa angkat selama 14 tahun.

Menurut NST, wanita dari Lahad Datu, Sabah ini dikatakan telah tinggal bersama bapa angkatnya ini sejak tahun 2004 lagi.

Ketua Polis Lahad Datu, Penolong Pesuruhjaya Nasri Mansor berkata, siasatan awal mendapati kali terakhir mangsa dirogol adalah pada Disember 2018.

Nasri berkata, selama tempoh 14 tahun wanita ini menjadi hamba seks bapa angkatnya, suspek telah mengugut untuk membunuh ahli keluarganya jika perbuatan terkutuknya ini terbongkar.

Mohd Insang 1564919176
Sumber: nst

“Selama 14 tahun, mangsa dah tak tahan lagi dengan penderaan seksual ini dan akhirnya membuat laporan di ibupejabat polis di Lahad Datu.

“Selepas ibu bapa mangsa bercerai pada tahun 2004, mangsa dan dua lagi adik beradiknya telah ditempatkan di bawah jagaan suspek dan menurut mangsa, penderaan seksual ini bermula sejak mangsa berusia 12 tahun.”

Kalau korang nak tahu, pemeriksaan oleh doktor ke atas mangsa telah menemui koyakan pada selaput daranya.

Pihak polis Lahad Datu kini giat menjalankan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Mohd Insang ini. Nasri menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek ini untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Sedih bila baca cerita macam ni. Harapnya polis dapatlah tangkap suspek ni cepat-cepat.

 

Baca: “Bapa durjana!” Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Screenshot 2019 08 05 At 12.36.26 Pm