in

“Mata masuk habuk” – Netizen Simpati Lihat Kucing Tak Makan & Setia Duduk Tepi Jenazah Lepas Tuannya Meninggal Dunia

Dont Cry Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak, haiwan walaupun tak ada akal tapi mereka ada hati dan perasaan? Kalau korang tengok filem Hachiko, mesti korang terharu lihat kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya. Tuan dah bertahun mati pun, anjing tu tetap tunggu sampai bila-bila. Huhuhu… 


Hal ni samalah dengan situasi yang dialami seekor kucing apabila tuannya meninggal dunia baru-baru ni.

 

“Messi setia tunggu dekat tepi jenazah” 

Menerusi perkongsian di Twitter, kucing bernama Messi ni alami ‘kemurungan’ gara-gara tuannya meninggal dunia baru-baru ni. Menurut anak saudara si mati bernama Iylia, kucing tu hanya duduk je sebelah jenazah dan tak mau makan apapun sebab terlalu sedih. 

Dah 13 tahun rupanya kucing ni setia dengan tuannya. Alahai sebaknyaaa! 

Messi 1

D Dk Jtuiaagj5G

D Dk Jwvuaefb3Y

D Dk Jyvaaapyrf
sumber: twitter

 

“Monung je… muka pun sayu sangat” 

Meskipun si kucing Messi katanya dah kembali makan macam biasa, haiwan ni tetap nampak sayu dan memanjang buat muka sedih. Dia kelihatan macam tengah cari sesuatu. Mungkin cari tuannya yang dah meninggal kot agaknya.

Kucing Sedih

D Murztvuaaj Wp

D Murzrueaa2F6V
sumber: twitter

 

“Kesetiaan seekor binatang kekadang lebih berharga dari kesetiaan manusia. Fikir-fikirkan” 

Ternyata ramai di kalangan netizen touching betul bila tengok si Messi buat muka sedih. Ada yang meramalkan Messi mungkin akan ikut jejak tuannya.

Tapi ada jugak yang berharap Messi akan kembali happy macam biasa. Haih… tak tahulah admin nak cakap macam mana.

Sabar Messi
sumber: twitter

Al fatihah buat tuan Messi. Setianya seekor haiwan kepada tuan mereka. 

Baca: Sebenarnya Kucing Liar Boleh Bantu Kita Cari Haiwan Peliharaan Dengan Cara Ni

Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.