in

Marvel Studio Umum Fasa Ke-4 Bagi Siri Terbaru Marvel Cinematic Universe

Thorlovethunder Card 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kejayaan filem Avengers: Endgame dari serata dunia, Marvel Studios akhirnya mendedahkan mereka bakal mengeluarkan 10 filem dan siri televisyen bersama Disney.


Pengumuman yang dibuat di Comic-Con International 2019: San Diego turut menyebut tajuk rasmi untuk filem-filem yang dinantikan peminat setia terbitan syarikat ini.

Fasa keempat untuk Marvel Studio

Presiden Marvel Studio, Kevin Feige telah melancarkan Marvel Cinematic Universe (MCU) tahap empat di Comic-Con International 2019: San Diego, pada Ahad.

Antara tajuk-tajuk yang bakal ditampilkan termasuk Black Widow (1 Mei, 2020), Falcon and the Winter Soldier (musim luruh 2020), The Eternals (6 November, 2020), Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (12 Februari, 2021).

Marvel 1.1
sumber: twitter

Natalie Portman sebagai Lady Thor

Seterusnya adalah WandaVision (musim bunga 2021), Doctor Strange and the Multiverse of Madness (7 Mei, 2021), Loki (musim bunga 2021), What If (musim panas 2021), Hawkeye (musim luruh 2021), dan Thor: Love and Thunder (5 November, 2021).

Marvel 1.2
sumber: twitter
Marvel 1.3
sumber: twitter

Menariknya, pelakon Natalie Portman akan menjadi Lady Thor di samping Chris Hemsworth dalam filem terbaru Thor.

Siri televisyen khusus untuk beberapa karakter Marvel

Selain itu, Marvel turut mengumumkan bahawa siri televisyen khusus dibuat untuk Falcon, Hawkeye, Scarlet Witch dan Loki seperti tajuk-tajuk yang diumumkan.

Malah sebuah filem baru, Blade juga akan turut menyertai senarai filem terbaru keluaran Marvel Studios.

D 9Mcobvuayl1Yw
sumber: twitter

Wow, nampak gaya memang banyak dipertaruhkan untuk MCU kali ini. Tak sabar!

Baca: Avengers: Endgame Bukan Yang Terakhir, Ini 6 Lagi Filem Akan Datang Yang Wajib Fans Marvel Tengok!

Wakanda Eternals Widow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.