in

Avengers: Endgame Bukan Yang Terakhir, Ini 6 Lagi Filem Akan Datang Yang Wajib Fans Marvel Tengok!

Wakanda Eternals Widow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak memulakan tayangannya pada 24 April lepas, filem Avengers: Endgame telah mendapat pujian dan liputan hangat daripada serata dunia. Ramai yang macam tak boleh ‘move on’ dengan pengakhiran filem ini dan berharap ada lagi sambungan kepada filem superhero tersebut.


Avengers Endgame Poster Frontpage
sumber: slash film

Menurut Business Insider, hingga setakat ini Marvel Studios sudah mempunyai 8 tarikh tayangan untuk movie dari Marvel Cinematic Universe (MCU) yang tidak bertajuk selepas tahun 2019.

Mungkin tak ramai yang tahu apa plan MCU lepas tamat je Avengers: Endgame ni, tapi ura-ura mengatakan sudah ada 6 filem dalam pembikinan sekarang. 

Berikut 6 filem yang dikatakan sedang dalam pembikinan dan bakal menemui anda selepas Endgame: 

 

Sekuel kepada ‘Black Panther’ 

Selepas mendapat kutipan sebanyak AS$1 billion worldwide, tak acilah kan kalau tak ada sekuel yang kedua mengenai kisah dari negara Wakanda ni.

 

Filem ‘Black Widow’ 

5Bbf654A49Aa8551Bf0Eb472
sumber: bi

Sejak menjadi ahli Avenger dari awal kemunculan pasukan tu, belum pernah lagi kita tengok kisah mengenai Black Widow ditayangkan di layar perak. Pun begitu, kita hanya lihat Black Widow buat kemunculan istimewa di filem “Captain America: Winter Soldier” dan “Captain America: Civil War”. Mungkin kali ini it’s time for Natasha Romanoff? 

 

Sekuel ‘Doctor Strange’

5Ae098Cc19Ee8654008B495C
sumber: bi

Mengaut keuntungan sebanyak AS$678 milion worldwide, sekuel Doctor Strange lakonan Benedict Cumberbatch ini is a must! 

 

The Eternals 

Tak banyak yang kita tahu mengenai filem ni melainkan ura-ura yang mengatakan Angelina Jolie bakal terlibat sebagai salah seorang daripada pelakon utama filem terbaru tersebut. Wow Angie tuuu! Pelakon A+!

 

Guardian of the Galaxy 3 

5405E918Eab8Eaa046F36176
sumber: bi

SPOILER ALERT! Seperti yang korang ‘mungkin’ sudah ketahui akan apa yang berlaku kepada Gamora di Avengers: Endgame baru-baru ni, nampaknya timeline GOTG sudah berubah. Dengan Thor sebagai ahli baru kumpulan ni, nampaknya banyak perkara ‘exciting’ yang bakal berlaku!

 

Shang Chi 

5C8Fa949Daa5077Ff804Ecf4
sumber: bi

Anggaplah sajalah Shang Chi sebagai usaha Marvel Studios untuk memperkenalkan superhero yang berasal dari Asia. Dalam versi komik, dia dikenali sebagai ‘Master of Kung-Fu’.

So yang mana antara filem ni yang korang tak sabar-sabar nak tengok? Kalau min, The Eternals sebab ada Angelina Jolie! Hiks! 

Baca: “Mentaliti kita masih di tapak kaki” – Pengalaman Tengok Avengers: Endgame di Negara Orang, Tak Ada Pun Yang Bertempik Suruh Diam?

Avengers 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.