in

Mahukan Kelainan, TikToker Indonesia Ini ‘Blend’ 40 BTS Meal & Jadikan Aiskrim

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, menu The BTS Meal secara rasmi sudah pun mula dijual di Indonesia. Untuk rekod, menu kolaborasi antara McDonald’s dan BTS ini didatangkan dengan nuget, kentang goreng, sos cajun, sos cili manis dan air.


Jika di Malaysia ada peminat yang meletakkan bungkusan The BTS Meal di dalam bingkai gambar sebagai tanda penghargaan, lain pula situasi yang terjadi di Indonesia.

Seorang TikToker Indonesia, Sisca Kohl mempunyai caranya tersendiri dalam menghargai menu istimewa ini.

1 5

‘Blend’ 40 BTS Meal

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, Sisca ada mempamerkan 40 set The BTS Meal yang dibelinya untuk untuk dijadikan ‘menu istimewa’.

Uniknya, dia tidak melakukan review sambil makan menu tersebut seperti individu lain, sebaliknya kesemua makanan termasuk minuman yang dibeli telah dicampur dan dikisar untuk dijadikan aiskrim.

3 4

4 5

Ada dua perisa

Mahu mencipta kelainan, Sisca mencipta dua perisa aiskrim daripada adunan yang dikisar tadi. Dengan menggunakan sos cajun dan sos cili manis, gadis ini mencampur perisa tersebut bersama adunan bahan yang dikisar dan bahan ais krim.

5 3

@siscakohl

Bikin Es Krim BTS MEAL bersama adikku @aliyyah.kohl ??? #fyp

♬ Classical Music – Classical Music

Untuk membezakan kedua-dua perisa ini, Sisca menggunakan pewarna makanan sebagai bahan tambahan. Warna kuning untuk sos cili manis, dan warna ungu untuk sos cajun.

Selepas mencuba sendiri aiskrim yang dicipta, Sisca mendedahkan aiskrim perisa sos cajun berasa sedikit pedas, manakala aiskrim aiskrim perisa cili manis berasa sedikit manis.

6 3

Meskipun menu ini kelihatan unik dan enak pada akhirnya, rata-rata pengguna media sosial mengecam gadis ini sebagai terlalu taksub dengan BTS,

Siapa berani cuba?

 

BACA: Bungkusan The BTS Meal Dilihat Dijual Semula Dengan Harga RM200 Di Carousell

Cover 5

Sumber: siscakohl
Sumber: siscakohl
Sumber: siscakohl
Sumber: siscakohl
Sumber: siscakohl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.