in

Lima Pegawai Atasan Korea Utara Dibunuh Selepas Kritik Polisi Kim Jong-Un

Untitled Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara berani mengkritik polisi ekonomi pemimpin mereka, lima pegawai dalam Kementerian Ekonomi Korea Utara telah dihukum bunuh.


Daily Mail melaporkan, kelima-lima mereka dibunuh pada 30 Julai lalu selepas berani menyuarakan pandangan mengenai polisi ekonomi rejim pimpinan Kim Jong-Un dalam satu majlis makan malam.

Mereka mengkritik keadaan ekonomi republik itu yang teruk dan tidak berkembang, sehingga Korea Utara dikategorikan sebagai antara negara termiskin di dunia.

Selain itu, antara yang disentuh dalam perbualan itu termasuklah cadangan agar Korea Utara mendapatkan bantuan negara luar bagi mengatasi masalah sekatan ekonomi.

Beberapa individu lain yang terdengar perbualan mereka dikatakan telah menyampaikan perkara itu kepada ketua atasan, sebelum kesemua pegawai itu ditahan oleh sepasukan polis rahsia.

Q44Myabzpqi6Tiwngb5Qnubfpm

Tidak dipastikan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut, namun sumber perisikan memaklumkan perkara itu turut sampai kepada pengetahuan Jong-Un sendiri.

Ahli keluarga kelima-lima pegawai itu juga tidak terkecuali menerima nasib malang, apabila mereka dipindahkan ke sebuah kem tahanan politik di Yodeok.  Ia sekali gus menimbulkan ketakutan dalam kalangan pegawai kerajaan.

Untuk rekod, media antarabangsa melaporkan ramai pegawai tinggi kerajaan telah dihukum mati sejak Jong-Un mengambil alih tampuk pemerintah Korea Utara pada 2011.

 

Baca: “Kami dah kenal pasti siapa yang bela” – Kim Jong Un Paksa Rakyat Serah Anjing Peliharaan Untuk Dijadikan Makanan

Capture 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.