in

“Lengang, kosong!” – Netizen Kongsi Keadaan Terkini KLIA Selepas Ramai Diberhentikan Kerja

Dd 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini telah memberi kesan terhadap perkembangan ekonomi. Malah ada sektor yang terkesan sehingga gulur tikar kerana tidak mampu menanggung kerugian.


Begitulah juga nasib sektor penerbangan yang ‘diperlahankan’ akibat aktiviti penerbangan domestik dan antarabangsa tidak lagi beroperasi seperti dahulu.

Kesan dari itu, satu perkongsian yang memilukan dari individu di Twitter yang dikenali sebagai Siti Raudzah Ghazali yang berkongsi tentang keadaan di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan lengang.

Dalam posting tersebut, kelihatan tempat parkir kereta, lapangan terbang, kedai serbaneka dan tempat menurunkan penumpang juga tidak sesak seperti selalu.

Siti juga meluahkan kesedihan pada tweet seterusnya dengan mengatakan…

“Mana korang semua dik? Selalunya masa ni, akak ralit perhatikan korang semua sibuk memeriksa kapal terbang.”
“Pekerja Petronas Dagangan sibuk mengisi minyak. Pekerja Brahim Catering sibuk memuatnaik hidangan makanan. Pekerja MAB sibuk menghantar beg ke perut kapal terbang.”

Kitak ketinggalan, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama tentang keadaan di KLIA malah ada yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh pekerja di sana.

D 3 1 D1 4 1 D2 4

 

Sama-samalah kita doa agar keadaan kembali seperti sedia kala. Min pun sedih tengok ramai yang dibuang kerja. Dengan keadaan sekarang ni memang susah nak cari kerja baru. Semoga semua bertabah dan jangan putus asa!

Baca: “Situasi Di KLIA, KLIA2 Buatkan Menteri Kesihatan Tak Tidur Malam”

D5 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.