in

“Situasi Di KLIA, KLIA2 Buatkan Menteri Kesihatan Tak Tidur Malam”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 27 September, viral keadaan sedikit tegang dan sesak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.


Ia berlaku disebabkan perintah baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya setiap penumpang dari negeri Sabah ke Semenanjung wajib menjalani swab test di terminal.

Seperti kebiasaan sikap rakyat kita, apabila timbul rasa tidak selesa dan mungkin menganggap diri itu seorang ‘kayangan’, maka ada segelintir daripada penumpang berkenaan bertindak viralkan di media sosial.

Tidak dinafikan golongan ‘kayangan’ itu hanya segelintir, masih ramai yang lebih bersifat rasional walaupun terpaksa menunggu lama di terminal. Seperti yang telah dilaporkan oleh beberapa portal berita pada hari berkenaan.

Mereka menjatuhkan hukum dan salah kepada KKM atau lebih tepat lagi frontliners yang kononnya lambat buat kerja, hingga memaksa mereka semua terpaksa menunggu hingga 5 ke 6 jam.

Segelintir dari pengadu ini juga turut melontarkan rasa tidak puas hati kerana tidak diberi layanan yang baik, seperti tidak diberi bekalan makanan semasa waktu menunggu.

Akhirnya keluh kesah ini sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham Baba. Beliau bersama pengurusan tertinggi KKM telah berkumpul di pejabat di Putrajaya pada jam 10.00 malam hari Ahad untuk bermesyuarat.

Selepas selesai, mereka telah turun sendiri meninjau suasana kesesakan di KLIA dan KLIA2 seperti yang dilaporkan oleh sesetengah netizen melalui media sosial.

Antara yang turut bersama ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Dr. Norhayati Binti Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. Mereka berdua tidak pulang ke rumah selagi mana Menteri Kesihatan juga tidak berbuat demikian.

Akhirnya, para pengurusan tertinggi KKM ini berada di KLIA pada jam 3.00 pagi, sebelum bergerak ke KLIA2 pula pada jam 5.00 pagi. Ini bermakna, mereka tidak tidur malam akibat daripada aduan rakyat. Daripada Menteri Kesihatan, sehinggalah ke Ketua Pengarah Kesihatan dan para pegawai KKM, mereka tidak tidur malam berkenaan.

Sebagai netizen, kita juga wajar untuk viralkan kisah-kisah sebegini agar dapat menjadi rekod di masa hadapan dan menunjukkan bahawa kita masing-masing punya peranan tersendiri.

Tugas kita adalah untuk menjaga diri dan membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan melalui kepakaran kita, supaya masing-masing boleh hidup dalam keadaan harmoni di Malaysia ini.

Harus diingat bahawa kita masih belum menang melawan wabak Covid-19, justeru wajarlah kita semua saling bantu membantu pada setiap masa. Ketepikan segala persengketaan atau perkara-perkara negatif untuk menang melawan pandemik ini.

Syabas buat semua frontliners!

 

Sumber : Sarfarizmal Md Saad

*Lobak Merah tidak bertanggungjawab atas penulisan di atas, ia merupakan perkongsian penulis kepada Lobak Merah 

 

Baca : Lagi 10 minit cukup 5 jam kat sini; KLIA Sesak, Penumpang Kena Jalani Test COVID 19 Sebaik Tiba Dari Sabah

Sumber: KKM
Sumber: Awani
Sumber: KKM
Sumber: Awani
Sumber: KKM
Sumber: KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.